Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seminar Wanita Di Bawah Lindungan Syariah

Seramai 120 peserta menyertai seminar ini termasuk 16 peserta daripada NGO Pelitawanis TNB.

Seminar yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari ini telah dirasmikan oleh YDP IKRAM Terengganu, Ust Mohd Lokman Dato Awang yang turut menyertainya sehingga akhir. Program dipengerusikan oleh Cik Azam Arni, tutor di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Slot pertama ialah ceramah oleh Dr Hafidzah Mustakim yang dijemput khas dari Kelantan, yang juga ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM dan Penasihat Raudhatus Sakinah Kelantan dengan tajuk ‘Wanita… Kau Dilindungi’.

Petikan ayat dari surah An Nahl ayat 97 menjadi mukadimah bagi slot ini lantas membasahi setiap jiwa yang hadir dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Taala. Dr Hafidzah juga berkongsi mengenai kedudukan wanita dalam syariat yang dimuliakan sama ada sebagai anak, isteri, ibu mahupun saudara kandung.

Wanita juga diingatkan bagi memainkan peranan penting dalam pembangunan diri, keluarga dan juga masyarakat. Justeru Islam merupakan agama yang menghormati wanita dan memberi pengiktirafan kepada wanita berpaksikan prinsip keadilan, kesejahteraan dan kemuliaan.

Beliau juga menyentuh mengenai realiti wanita hari ini terutama isu keganasan rumahtangga dan pendekatan Islam dalam menangani perkara tersebut. Beliau turut mengingatkan peranan lelaki sebagai pemimpin dan pelindung bagi wanita dan keluarga. Turut dikongsi kisah tokoh wanita Islam seperti Zainab al-Ghazali, Al Khansa’ binti Amru dan juga Yoyoh Yusroh yang merupakan inspirasi segar sepanjang zaman.

Slot kedua adalah forum bertajuk Isu-isu Wanita & Syariah. Panel forum ialah Dr Hafidzah Mustakim dan Pn Sharifah Nur Afzan, pegawai sulh (pegawai pendamai) dari Mahkamah Syariah Kuala Terengganu. Pengerusi Forum ialah Pn Hjh Che Zainun Embong.

Antara yang menjadi topik perkongsian ialah mengenai institusi kehakiman syariah di negara kita dan tindakan dan langkah yang boleh wanita ambil bagi menangani sesuatu isu seperti keganasan rumahtangga.

Turut dikongsikan ialah peranan wanita dalam menjaga keharmonian rumahtangga dan dalam pendidikan anak serta realiti wanita sekarang dan usaha bagi mengubah mentaliti wanita itu sendiri mengenai kedudukan mereka.

Forum ini memupuk kesedaran mengenai tanggungjawab yang dipikul oleh wanita perlu ditanam dengan kefahaman Islam yang syumul agar perkara yang ingin dicapai tidak lari dari apa yang digariskan oleh Islam.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia