Seminar Wanita dan Syariah: Lelaki Pelindung, Wanita Pendorong

Seminar Wanita dan Syariah ini telah di rasmikan oleh YDP IKRAM Hulu Langat, Dr Mustaffa Din Subari. Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Timbalan Naib Canselor UNITEN, Prof Dr Kamal Nasharuddin yang juga merupakan YDP IKRAM Kajang, YDP PKPI, Dr Mohd Hariffin Boosroh, dan YDP JIM Hulu Langat Khairul Anuar Zit.

Ucaptama yang bertajuk “Lelaki Pelindung, Wanita Pendorong“ yang dikupas  oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah berjaya membuat para peserta terpaku di tempat duduk masing-masing.

Sementara itu forum yang mengupas tema seminar, “Keluarga Sejahtera di Bawah Naungan Syariah” menampilkan dua ahli panel iaitu Dr Zulfakar Ramlee dan Puan Rosmawati Zainal dan Dr Bushro Mohd Ali bertindak sebagai moderator.

Seminar ini telah berjaya menarik peserta seramai 350 orang yang terdiri dari kalangan staf UNITEN, ahli PKPI dan penduduk sekitar daerah Hulu Langat dan Kajang yang mana lebih 50% dari jumlah tersebut bukan ahli IKRAM.

Rata-rata para peserta yang memberi maklumbalas menyatakan sangat berpuas hati dengan perjalanan dan pengisian seminar ini dan berharap akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Penghargaan harus diberikan kepada semua Jawatankuasa IKRAM Hulu Langat, IKRAM Kajang dan PKPI yang telah terlibat secara lansung atau tidak dalam membuat persiapan bagi menjayakan seminar “Keluarga Sejahtera di Bawah Naungan Syariah“ ini. Semoga Allah SWT menerima kerja-kerja ini sebagai amal soleh, insyaAllah.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia