Semarak Kasih: Air mata jadi saksi

Majlis Semarak KasihPenganjur, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Daerah Kajang, PIBG Sri Al-Amin Bangi dan Pengurusan Musolla Sri Al-Amin Bangi telah mula menjual tiket MSK ini sejak kira-kira dua bulan lepas. Sasaran awal kehadiran adalah 1,000 orang (100 meja) yang terdiri daripada ibu bapa yang diraikan, anak-anak serta ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, kira-kira 800 orang yang menghadiri MSK pada hari tersebut sudah merupakan kejayaan besar bagi penganjur. Dr Mohd Faudzi Mohd Yusoff selaku Pengarah Bersama MSK berkata, jumlah tersebut memang sudah dijangka disebabkan sebahagian orang ramai membeli tiket sekadar untuk menyumbang tetapi memaklumkan mereka tidak dapat hadir. Namun yang mengejutkan, terdapat hadirin yang membawa bilangan ahli keluarga paling ramai – 54 orang!

Majlis Semarak Kasih

Sungguh indah menyaksikan para ibu bapa diiringi anak, menantu, cucu dan cicit berjalan ke meja yang disediakan. Lebih meriah apabila mendapati pihak Bangi Golf Resort menyediakan pengangkutan buggy untuk membawa hadirin dari tempat letak kereta yang kedudukannya agak jauh bagi ‘para tetamu penting’ yang sudah berusia.

Majlis Semarak Kasih

Majlis telah dikendalikan dengan jayanya secara bergilir oleh dua pengacara, Puan Halimah dan Prof Taufiq Yap. Bacaan al-Quran yang sungguh merdu daripada qari jemputan, Thufail Sayuti menerawang ke segenap dewan sebelum pengacara menjemput Yang Dipertua Ikram Kajang, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha  selaku penasihat program untuk menyampaikan ucapan, sekali gus merasmikan majlis.

Antara lain, Dr Kamal mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya merealisasikan satu program yang cukup bermakna buat para ibu bapa, selain dapat mengumpul dana untuk merancakkan aktiviti Ikram Kajang, PIBG dan juga pihak sekolah khususnya musolla.

Majlis Semarak Kasih

Yang Dipertua Ikram Selangor, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mengisi ruang ‘Bicara Semarak Kasih’ dengan mengajak hadirin sentiasa menggembirakan ibu bapa atas dasar iman dan ibadah.

Memetik maksud ayat ke-19 dari surah an-Naml, beliau menerangkan bagaimana Nabi Sulaiman alaihissalam berdoa agar baginda dapat terus bersyukur dengan nikmat Allah dan tetap mengerjakan amalan yang soleh.

“Antara tanda-tanda kesyukuran itu adalah menggembirakan ibu bapa kita. Hasil didikan merekalah kita menjadi seperti sekarang ini. Kesan daripada itu jugalah kita berusaha mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang bertakwa. Sebab itu kita memilih Al-Amin sebagai sekolah anak-anak kita, supaya jiwa mereka soleh dan terpelihara,” katanya.

“Hari ini kita dikumpulkan dalam majlis yang cukup indah. Bayangkanlah dan berdoalah agar kita nanti dikumpulkan kembali dalam majlis yang lebih indah iaitu di syurga Allah.”

Majlis Semarak Kasih Majlis Semarak Kasih Majlis Semarak Kasih

Deklamasi puisi Khadijah Hashim berjudul “Masih Lagi Ibu” oleh adik Izrina Harifin membuai emosi hadirin. Bagi yang tidak membawa ibu bersama, ingatan pasti terbang ke kampung halaman, bersua insan-insan tercinta itu di minda.

Majlis Semarak Kasih Majlis Semarak Kasih Majlis Semarak Kasih

Suasana syahdu bertukar ceria apabila adik Luqman Nul Hakim Kader dan Aqil Naufal Arman berduet menyampaikan sajak dengan sesekali bergaya ala choral speaking. Bagaimanapun, sekali lagi jiwa hadirin diusik dengan tayangan klip video lagu “Anak Soleh” dendangan Aeman. Ketika klip ini ditayangkan, jelas hampir semua orang menghayatinya, sebahagiannya dengan genangan air mata.

Majlis Semarak KasihMajlis Semarak KasihDalam mood inilah kemudiannya pengacara menjemput hadirin untuk mengungkapkan kata-kata penghargaan secara spontan kepada ibu bapa mereka. Menariknya, bukan anak-anak muda sahaja teruja untuk membuat ucapan, seorang warga emas dari Pahang turut bangun. Biarpun kedua-dua ibu bapa ‘pakcik’ ini telah menghadap Ilahi, beliau bersyukur dijemput ke majlis ini dan berpesan supaya anak-anak sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi ketika mereka masih di depan mata.

Acara yang paling menyentuh hati juga adalah ketika anak-anak dipersilakan menyampaikan hadiah cenderamata kepada ayah serta ibu masing-masing. Ketika inilah para jurugambar dan juruvideo sibuk merakamkan detik-detik bersejarah yang tercipta. Pelukan, ciuman dan titisan air mata menjadi saksi kasih sayang, ketulusan dan keikhlasan…

Majlis Semarak KasihAcara pentas diteruskan dengan persembahan angklung dan nyanyian yang menggabungkan pelajar sekolah rendah dan menengah, diikuti nasyid oleh anak-anak Tadika Khalifah Bestari.

Tetapi yang paling mendapat perhatian adalah persembahan pelajar-pelajar Pusat STAM Ikram. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Huffaz” itu dianggotai Thufail, Akmal, Aiman, Azzam dan Amirul Hadi. Mereka menyampaikan tiga buah lagu termasuk “Syurga-Mu” (Ungu) dan “Muslim Country Kid” (Brothers) dengan paduan suara yang cukup harmoni sekali. Thufail sekali lagi memukau hadirin dengan ‘suara emas’nya.

Majlis ditamatkan dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Norsyazly Rameli dan sesi fotografi.

Majlis Semarak Kasih Majlis Semarak Kasih

Meskipun keadaan dewan tidak begitu ‘dingin’, secara keseluruhannya, program Majlis Semarak Kasih ini amat berjaya sekali. Ibu bapa diraikan, anak-anak terasa puas dan hadirin terhibur selain dapat membawa pulang cederamata dan hadiah misteri. Masing-masing mengharapkan program seperti ini bukanlah yang terakhir kerana sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa membawa ke syurga, selamanya…

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia