SEJARAH IKRAM Sarawak

SEJARAH
Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak telah ditubuhkan semasa Mesyuarat Penubuhan Negeri pada 9 Mei 2010 bertempat di Biro Wanita, Wisma Wanita Kuching. Semasa mesyuarat tersebut, Ustaz Dr. Haji Azhar bin Ahmad telah dipilih sebagai Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Sarawak yang pertama manakala Dr. Sadiah binti Mohd Ali dan Ustaz Mohamad Salleh bin Hamdin masing-masing dilantik sebagai Ketua Wanita dan Ahli Dewan Perwakilan Nasional.

Empat IKRAM daerah telah ditubuhkan termasuklah Kuching, Kota Samarahan, Bintulu dan Miri yang masing-masing diterajui oleh Ustaz Mohamad Salleh bin Hamdin untuk daerah Kuching, Shahrol bin Mohamaddan (Kota Samarahan), Ustaz Ariffin bin Sebli (Bintulu) dan Cikgu Amir bin Ismail (Miri).

Pada 26 September 2010, Pejabat IKRAM Negeri Sarawak dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr. Mohd Parid bin Sheikh Ahmad. Pejabat ini merupakan pejabat IKRAM negeri yang terawal yang dirasmikan di Malaysia.

Program 
Tahun 2011 pula menyaksikan IKRAM Sarawak mengorak langkah ke hadapan apabila ia tampil sebagai menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre bertempat di Kompleks Islam Sarawak julung-julung kalinya dan dihadiri oleh 450 orang hadirin yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Pada tahun yang sama juga Pejabat IKRAM daerah Miri dan Kota Samarahan mula beroperasi.

Pendidikan
Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching pula mula beroperasi pada tahun 2012. Sekolah yang bertemakan “soleh wa musleh” yang bermaksud baik dan membaikkan ini terletak di Lot 6790, Lorong Matang Jaya 4. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Swasta dan Jabatan Agama Islam Sarawak bertujuan untuk menerapkan suatu sistem pendidikan yang seimbang, menyeluruh, bersepadu serta berterusan bagi merealisasikan pembentukan generasi yang rabbani, berakhlak mulia, kuat fizikal dan berintelektual tinggi. Pada tahun yang sama, Pejabat IKRAM daerah Bintulu memulakan operasinya bertempat di Bangunan Martabat RPR Sibiew.

Pada tahun 2013, Tadika Aulad al-Amin Miri mula beroperasi. Pada tahun ini juga, Pejabat IKRAM Kota Samarahan berpindah ke Commersial Centre Desa Ilmu.

Baiturrahmah
Dalam tahun 2014, Baiturrahmah Hidayah Centre IKRAM Kuching mula menjalankan operasinya. Rumah transit ini menempatkan anak-anak saudara baru yang memerlukan bimbingan agama dan pendidikan yang lebih sempurna untuk masa depan mereka.

Kawasan Baharu
IKRAM Sarawak turut menambahkan lagi daerah IKRAM dalam tahun 2014 apabila IKRAM daerah yang kelima iaitu IKRAM daerah Sibu ditubuhkan dalam Mesyuarat Penubuhan Daerah pada 24 Mei dan diterajui oleh Ustaz Zainal Abiden bin Abdul Rasid.

Majlis Perwakilan Nasional yang dilaksanakan pada tahun 2014 melantik sekali lagi Ustaz Azhar bin Ahmad sebagai Yang Dipertua IKRAM Sarawak, manakala Ketua Wanita pula digalas oleh Dr. Balkisnah binti Shaharuddin. Pada tahun ini juga kita menyaksikan perubahan dari segi YDP IKRAM daerah di mana Bintulu diterajui oleh Hj Mohd Seliman, Kota Samarahan oleh Dr. Shahrol Mohamaddan, Kuching oleh Ustaz Su’udi bin Arof manakala di Miri dan Sibu, kekal.

Ahli Dewan Perwakilan Nasional daripada Sarawak untuk sesi 2014-2018 turut bertambah daripada seorang kepada empat orang yang terdiri Dr. Azhar bin Ahmad (wakil ulama), Haji Abang Abdul Halil bin Abang Naili (wakil negeri), Haji Ibrahim bin Mohamad (wakil negeri) dan Haji Ahmad Shazali bin Aba Ibrahim (lantikan).

Terus Melangkah
IKRAM Sarawak sekali lagi mengambil langkah ke depan dengan mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri bertempat di Sibu, Sarawak yang dapat sambutan yang menggalakkan daripada tetamu bangsa Tiong Hua.

Pada tahun ini juga Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre sekali lagi diadakan kali ini di Dewan Serbaguna Akademi Kastam Kuching, program ini berjaya mengumpulkan seramai lebih 400 hadirin.

IKRAM Sarawak komited untuk bergerak dan memacu perubahan serta terus berusaha menjadi menghubung kepada semua ahli masyarakat dalam menjadikan Malaysia terutamanya di bumi Kenyalang ini sebagai model keharmonian dan keadilan yang dapat dicontohi dalam rangka yang jelas iaitu Islam sebagai rahmat kepada semua manusia.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia