Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan, secara rasmi muncul di persada Negeri Serambi Mekah, Kelantan apabila Mesyuarat Agong Penubuhannya telah berjaya dijalankan pada 14 Mei 2010 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Islam Aman, Kota Bharu. Pada Mesyuarat Agong tersebut Ustaz Abdul Tahmin bin Abdul Latif, ahli dan perwakilan dari Pertubuhan IKRAM Daerah Pasir Mas telah dipilih sebagai Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan yang pertama untuk sesi 2010 – 2012. Sr. Che Rahimi bin Samat pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua. Ketua Wanita pula disandang oleh Dr. Norhani binti Abdul Rani. Setiausaha IKRAM Negeri Kelantan disandang oleh Hj. Wan Zulkifli bin Wan Abdullah.
Diperingkat daerah sebanyak 5 daerah telah ditubuhkan secara serentak pada 30 April 2010.
Daerah-daerah tersebut adalah :
[1] IKRAM Daerah Kota Bharu
YDP : Ustaz Dr. Mohd Shaarani bin Mohd Naim
SU : Hj. Mohd Azlan bin Ash’ari
[2] IKRAM Daerah Bachok
YDP : Dr. Mohamad bin Hamzah
SU : En. Nik Hassan bin Nik Mustafa
[3] IKRAM Daerah Tumpat
YDP : Hj. Zuikifli Apendi
SU : En. Mohd Sabri bin Hasbullah
[4] IKRAM Daerah Pasir Mas
YDP : Ustaz Saufi bin Abdullah
SU : En. Mohd Rusdi
[5] IKRAM Daerah Tanah Merah.
YDP : Dr. Wan Marzuki bin Wan Omar
SU : En. Mohd Narizam