Rumah terbuka pererat ukhuwah, melonjak dakwah

Majlis Hari Raya IKRAM Kelantan diadakan paling awal berbanding negeri lain iaitu pada Sabtu 3 September 2011 (5 Syawal 1432H) di Pejabat IKRAM Kelantan di Kota Bharu. Majlis dihadiri oleh ratusan ahli IKRAM Kelantan bersama keluarga dan kenalan. Turut hadir meraikan adalah YB Abd Fatah Mahmud, Exco Kelantan dan Dr Ismail Lotfi mewakili Universiti Islam Yala.

Kelantan

Majlis Ramah Mesra Hari Terbuka Aidilfitri IKRAM Terengganu pula diadakan pada Sabtu 10 September (12 Syawal 1432H) di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Terengganu. Sebelum jamuan, golongan kanak-kanak terlibat dalam pertandingan mewarna sementara hadirin lain menyertai forum sebagai santapan ilmu. Pada hari yang sama di Arau, Rehlah Aidil Fitri IKRAM Perlis 2011 telah berjalan dengan lancar di hadapan Kompleks Akademi Huda dengan kehadiran ahli-ahli serta rakan-rakan IKRAM Perlis.

Terengganu

Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Sdr Wan Zuki Azman, diikuti dengan bacaan Al-Qur’an oleh Ustaz Firman. Majlis dimeriahkan dengan nyanyian lagu IKRAM beramai-ramai bersama pasukan nasyid Pemuda IKRAM Perlis. Majlis kemudian diserikan dengan tayangan video aktiviti IKRAM Perlis dan ucapan aluan oleh YDP IKRAM Perlis, Sdr Mohamed Radzi Abd Wahab, serta jamuan.

Perlis

Pada Ahad 18 September (20 Syawal 1432H) yang lalu, IKRAM Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Eidulfitri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Majlis ini dianjurkan secara bersama semua daerah-daerah IKRAM di Wilayah Persekutuan. Sekitar 500 orang telah hadir meraikan majlis ini.

Turut hadir adalah wakil JK Pusat IKRAM, Hj Zaid Kamaruddin, Hj Nahar Md Nor, Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Dr Harlina Halizah Siraj, wakil HALUAN , Ustaz Darus Senawi, wakil Darul Najah dan wakil Masjid Al-Muttaqin. Kumpulan nasyid Damai telah menghiburkan tetamu sepanjang majlis ini dengan sembilan buah lagu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Beberapa aktiviti telah diadakan sepanjang majlis ini seperti program remaja dan ibubapa “Pecutan Terakhir” yang telah disampaikan oleh Dr Harlina Halizah Siraj, Kuiz Sirah untuk aulad oleh Saudara Zulkarnain Jamaluddin, penyampaian duit raya untuk adik-adik PPR Taman Wahyu serta perkongsian konvoi di Gaza oleh Saudara Munawer.

Pada hari yang sama di Johor Bahru, Majlis Jamuan Hari Raya ‘Idulfitri 1432H IKRAM Negeri Johor dan IKRAM Johor Bahru Tengah telah diadakan di Kompleks IKRAM Johor di Taman Universiti, Skudai. Turut disempurnakan pada majlis yang sama ialah pancaran IKRAMTeens peringkat Johor oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Arshad Ahmad. Sebelum jamuan para tetamu telah disajikan dengan santapan rohani oleh Prof Dr Azlan Abdul Rahman, Yang Dipertua Dewan Perwakilan Nasional IKRAM, bertemakan “Syawal dan Kemerdekaan”.

Johor

Di Kuantan, Majlis Silaturrahim Sempena Aidilfitri IKRAM Pahang turut diadakan pada 18 September di Pejabat IKRAM Negeri Pahang di Indera Mahkota. Di Pulau Pinang pula, Majlis Sempena Aidil Fitri IKRAM Pulau Pinang (SAFI ’11) telah diadakan di perkarangan Tadika Pintar diadakan pada Sabtu 24 September lalu (26 Syawal 1432H) bermula jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.

Pulau Pinang

Meskipun Syawal telah melabuhkan tirainya, majlis-majlis seperti ini diharap dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama ahli dan juga sesama rakan IKRAM di samping melonjakkan aktivisme dakwah di kalangan masyarakat di negara ini, insyaAllah.

Gambar utama: Sebahagian ahli IKRAM Pulau Pinang

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia