Program yang dihadiri oleh lebih kurang 30 orang peserta terdiri daripada wanita dan anak-anak remaja itu berjaya membuka mata para peserta tentang peri pentingnya ilmu untuk menguruskan anak-anak remaja di zaman yang serba mencabar ini.
Perkongsian daripada pakar yang berpengalaman iaitu Puan Rosnani Abd Hamid yang juga merangkap Pembimbing Remaja dan Khidmat Nasihat Rumahtangga Pusat Komuniti IKRAM Gombak, diharapkan dapat membantu para ibu bagaimana untuk menggarap pendekatan yang kreatif untuk membesarkan dan mendidik anak-anak remaja mereka.
[googleMaps addr=”Surau Darul Falah” label=”Surau Darul Falah” width=100% height=400]