11 April 2021 – Mengambil cakna dengan situasi pandemik COVID-19 yang melanda, IKRAM Perlis mengambil kesempatan menyantuni golongan food rider yang bertugas menghantar makanan ke rumah pelanggan.
i-Bantu bersama IKRAM Perlis menyantuni Rider Food Panda sekitar Arau dan Perlis mengedarkan pek makanan tengahari. Pek makanan diserahkan oleh pengurus i-Bantu IKRAM Perlis, Tuan Hj Mohd Shukri Ismail.