KULIM- Alhamdulillah, hasil sumbangan masyarakat, Yayasan Ikram Malaysia dan i-Bantu Kulim berpeluang memanjangkan infak kepada petugas PPV Dewan Mahsuri Padang Serai dengan menyampaikan, 300 helai PE Apron, 100 unit Face shield, 4 kotak Face Mask, 6 botol hand sanitizer serta 10 kotak minuman botol. Sumbangan telah disampaikan pada 8 Ogos 2021 di PPV Dewan Mahsuri Padang Serai.
Minggu lalu juga i-Bantu Kulim berkesempatan menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari kepada petugas PPV Hospital Kulim juga dengan hasil sumbangan masyarakat. Dengan jumlah kes yg semakin meningkat serta kerja keras petugas di PPV yang bertungkus lumus memastikan lebih ramai warga Kulim menerima vaksin Covid-19 ini, i-Bantu Kulim menyeru agar kita semua dapat sama membantu dan berganding bahu bagi memudahkan urusan wira negara ini.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang, sila hubungi En. Razi, Pengerusi i-Bantu Kulim, di talian 0142404288 atau boleh terus hubungi En. Mohd Dinul Ashar, pegawai keselamatan di SPPV Hospital Kulim di talian 0196540080. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.