Perutusan Ikram Selangor Sempena Tahun Baru Cina

YDPN CNY com

Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting bangsa Cina bagi menyambut Tahun Baru seperti di dalam Kalendar mereka. Kalendar Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Pada tahun 2015 ia merupakan Tahun Kambing (biri-biri) yang akan disambut pada 19 Februari 2015

Kita semua maklum bahawa sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Ibu bapa yang ditinggalkan sejak sekian lama menunggu dengan penuh sabar dan penuh pengharapan untuk melepaskan rasa rindu sekian lama. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Sudah pasti ianya satu hari yang amat ditunggu oleh mereka. Apa yang lebih menarik ianya akan turut dirayakan oleh sanak saudara yang telah memeluk Agama Islam atau memang beragama Islam dari keturunan kaum Cina dan menyediakan juadah yang halal bagi turut sama meraikan hari tersebut. Justeru agama Islam bukanlah benteng penghalang kepada persefahaman antara kaum dan budaya.

Kami berharap semoga perayaan yang disambut ini akan menambahkan lagi perkenalan dan perpaduan di kalangan rakyat Negeri dan Negara ini meskipun kita semua mungkin berbeza bahasa, rupa mahupun budaya. Sebagaimana Al-Quran menyatakan dengan jelas di dalam Surah Al Hujurat ayat 13;

“Wahai manusia, Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari sepasang lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan juga berkabilah-kabilah, untuk kamu berkenalan…”

IKRAM Selangor mengharapkan agar persaudaraan sesama insan, sifat bertolak ansur, persefahaman dan menghormati budaya dan adat resam sesama kaum serta saling menghormati kepercayaan agama masing-masing adalah tunggak kepada masa depan Negara yang lebih baik, cemerlang dan gemilang menuju ke arah Negara rahmah untuk semua.

YANG DIPERTUA IKRAM NEGERI SELANGOR
HJ.SHAMSUL MA’ARIF HJ ISMAIL

 

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia