Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemuda IKRAM Subang Jaya anjur tuisyen

Aktiviti yang diadakan pada 11 Mei 2011 (Rabu) dengan kerjasama AJK Surau Al-Bukhari, PJS 9 adalah bertujuan untuk hubungan mesra antara pelajar-pelajar Muslim Universiti Taylors dengan masyarakat sekitar. Ini juga merupakan salah satu kaedah yang diketengahkan untuk menggalakkan konsep memberi atau berkongsi ilmu di kalangan pelajar-pelajar Muslim.

Menurut Ketua Penyelaras Program, Sdr Hamri, kelas tuisyen akan dijalankan setiap Rabu dan Jumaat. Subjek yang akan dibincangkan juga berbeza setiap minggu bagi memastikan setiap pelajar mendapat bantuan secara menyeluruh sebagai persediaan mereka menghadapi UPSR, PMR dan SPM.

Buat permulaan, pada sesi pertama yang lepas, seramai sembilan orang pelajar menyertai kelas tuisyen dan mereka terdiri daripada pelajar UPSR, PMR dan SPM. Respons daripada pelajar juga baik apabila mereka berasa selesa dibantu dan berinteraksi dengan tenaga pengajar yang juga masih di ambang pembelajaran atau kolej. Peluang ini dapat digunakan sebaiknya untuk bertanya dan menyelesaikan soalan-soalan yang memerlukan penjelasan.

Program ini merupakan permulaan yang baik buat pelajar-pelajar University Taylors dalam memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar. Hubungan dengan pihak luar terutama AJK Surau Al-Bukhari juga terus terbina dan hal ini akan memberi kebaikan khususnya kepada MSA dan Pemuda IKRAM Subang Jaya secaranya amnya dalam menggerakkan kerja dakwah dan tarbiah di sekitar Subang Jaya.

Sumber: www.ikramsj.org

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia