SABTU, 29 Mei 2021: Belia Harmoni Gambang dengan kerjasama IKRAM Pahang dan MyCare telah mengadakan sesi perkongsian yang bertajuk ‘Palestin: Kemenangan yang Dekat?’ melalui medium Google Meet dan Facebook Live.
Antara tokoh-tokoh yang dijemput adalah Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail dari Palestinian Progressive Association (Malaysia) dan Prof Dr Affandi Saleh yang merupakan Timbalan Naib Canselor (HEPA) UNISZA serta pernah menjadi tahanan Israel pada suatu ketika dahulu.
Sesi perkongsian yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu telah dihadiri lebih kurang 100 penonton. Sehingga kini, video rakaman perkongsian tersebut telah ditonton sebanyak 1000+ kali.
Sesi perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penonton terhadap isu yang berlaku di Palestin dan juga perkongsian pengalaman daripada tokoh yang pernah berhadapan secara terus dengan penduduk di Palestin.
Anda boleh menonton perkongsian tersebut disini.