3MIT: Muzakarah rintis kepimpinan masyarakat madani

KEMAMAN – Muzakarah Masyarakat Madani IKRAM Terengganu 2012 (3MIT) telah berjaya diadakan pada 21 September 2012 bersamaan 5 Zulkaedah 1433 di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kerteh di sini. Program anjuran Jawatankuasa Masyarakat Madani Negeri ini telah dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, dihadiri hampir 200 orang pimpinan dan ahli IKRAM seluruh Terengganu.
Muktamar Tarbawi Mahasiswa Sarawak pacu dakwah di IPT

BINTULU – Muktamar Tarbawi Mahasiswa Sarawak 2012 telah berlangsung pada 15-16 September lalu di Madrasah Al Quran (MAQ) di sini, anjuran Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) IKRAM Negeri Sarawak. Seramai 83 aktivis mahasisiwa menyertai muktamar yang julung kali diadakan.
I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang

PULAU PINANG – I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang telah diadakan pada 10-12 Ogos yang lalu di Masjid Daerah Barat Daya, Masjid Al-Mukhtar, Balik Pulau dengan kehadiran sekitar 200 ahli IKRAM.
Sumbangan Ramadan untuk fakir miskin Batu Tiga

SHAH ALAM – Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Fakir Miskin DUN Batu Tiga anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri Selangor dan IKRAM Shah Alam dengan kerjasama DUN Batu Tiga dan Masjid Fastabiqul Khairat telah dilaksanakan dengan jayanya pada Sabtu 22 Ramadan 1433 H bersamaan 11 Ogos yang lalu.
“Masih Ada Yang Sayang” untuk fakir miskin Kuala Pahang

PEKAN – Pada Jumaat 17 Ogos lalu, telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin anjuran IKRAM Pahang dengan kerjasama PAS Kawasan Pekan bertemakan “Masih Ada Yang Sayang” diadakan di Markas PAS Kuala Pahang.
Hari Kesedaran Palestin di SMK Bukit Goh

KUANTAN – Buat julung kalinya Hari Kesedaran Palestin telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh pada 10 Ogos yang lalu dengan kerjasama Alumni SMK Bukit Goh dan Aqsa Syarif. Program tersebut berjalan sepanjang hari bermula daripada pagi hingga ke malam.