i-Bantu Bintulu Prihatin, Anjur Jualan Amal untuk Mangsa Banjir
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia terutamanya di Pantai Timur.Banjir yang berlaku kali ini amat luar biasa dan dahsyat berbanding banjir-banjir yang pernah berlaku sebelum ini. Ramai keluarga yang terjejas teruk disebabkan banjir ini dan sangat memerlukan sokongan daripada pelbagai aspek termasuklah aspek psikologi, sosial dan fizikal untuk bangkit dan memulakan kehidupan baru.
Justeru, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Bintulu mengadakan Jualan Amal Barangan Terpakai di Bintulu Car Boot Sale pada 4 dan 11 Januari yang lepas bagi mengumpul dana bagi mangsa yang terjejas kerana banjir. Jualan diadakan di Terminal Bas 1 Malaysia Bintulu.
Berita IKRAM Terbitan 17 Januari 2015
Berita IKRAM Terbitan 10 Januari 2015
Mangsa banjir alami masalah berlipat ganda – Dinsuhaimi

KUBANG KERIAN – Pengerusi Gabungan Bantuan Banjir NGO (BBNGO), Prof Dr Dinsuhaimi Sidek berkata, mangsa-mangsa banjir di Kelantan mengalami masalah yang berlipat ganda dan berlarutan seperti masalah lumpur yang tebal, masalah kepada kerja pembersihan dan kehilangan tempat tinggal, selain daripada ketiadaan perkara asas seperti eletrik dan air.
Berita IKRAM Terbitan 3 Januari 2015
IKRAM Kuching santuni masyarakat di Kampung Rampangi
Masyarakat merupakan komponen penting dalam pembentukan sebuah negara. Jika masyarakat itu baik, maka baiklah sesebuah negara itu. Oleh itu, pentingnya sesebuah masyarakat dididik dengan nilai-nilai yang murni, asas agama yang kukuh serta pengetahuan yang luas.
Atas kesedaran ini melalui kerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Darus Salam, Program IKRAM bersama Masyarakat diadakan pada 25 Disember 2014 bertempat di Masjid Darus Salam, Kampung Rampangi.