IKRAM Kuching santuni masyarakat di Kampung Rampangi

 

Program ini disertai oleh 105 orang peserta yang terdiri daripada 53 orang peserta kanak-kanak berusia antara 7 hingga 13 tahun dan selebihnya peserta dewasa. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti ceramah ‘Meniti Usia Senja’ oleh Dr. Sadiah Mohamad Ali, Ketua Wanita IKRAM daerah Kuching.

Ceramah ini memberi pendedahan tentang gejala dan masalah yang berkaitan dengan proses penuaan perempuan dan lelaki. Peserta kanak-kanak pula disajikan dengan aktiviti Kem Aulad Soleh : ‘Siapa Idolaku?’ oleh IKRAM Juniors Kuching yang diketuai Puan Maimunah Baie.

Turut diadakan ialah demonstrasi membuat roti canai segera oleh Puan Sarimah daripada Jabatan KEMAS dan ceramah penjagaan gigi oleh Dr. Adalia Ain binti Perali daripada Klinik Pergigian Kota Sentosa.

Selain itu, agihan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 53 orang peserta kanak-kanak turut diadakan bagi meringankan beban mereka menjelang musim persekolahan kelak. Barangan sumbangan adalah hasil derma daripada individu dan syarikat yang prihatin.

Dengan ini, pihak penganjur menyeru agar lebih ramai lagi pihak yang tampil menyumbang supaya lebih ramai kanak-kanak yang akan mendapat manfaat.

 

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia