Program Imunisasi SRI Al-Amin

Baru-baru ini Jabatan Hal Ehwal Murid telah mengadakan Program Imunisasi pada 8-9 April 2015. Program ini hanya melibatkan murid Tahun 1 sahaja.
IKRAMTeens Kota Samarahan anjur Kem GenQ
Kem Generasi al-Quran anjuran IKRAMTeens Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya pada 4 April yang lalu. Kem tersebut diadakan di Pejabat IKRAM Kota Samarahan.
Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan ke dalam diri peserta supaya merasakan al-Quran sebagai teman dan menjadikannya sebagai panduan hidup dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Selain itu, elemen ukhuwah turut diselitkan dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan seperti ‘Get to Know Me’, Radio Rosak dan tayangan video.
Mukhayyam Ansor Muhajirin – Meneladani Persaudaraan Ansor Muhajirin

Perkhemahan Ansor Muhajirin melabuh tirai pada 29 Mac yang lepas setelah dua hari berkampung di Rockview Agrotek, Lundu bermula 28 Mac 2015.
Disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswi, perkhemahan anjuran IKRAM Kota Samarahan kali ini bertemakan ‘Ansor Muhajirin’ yang dipetik daripada kisah persaudaraan kaum Ansor dari Madinah dan kaum Muhajirin dari Mekah setelah peristiwa hijrah Rasulullah SAW.
Ia bertujuan untuk mengambil iktibar dan menjiwai persaudaraan para sahabat Nabi SAW sepanjang program berlangsung.
Training of Palestine Specialist (TOPS)
Isu Palestin adalah isu sejagat. Maka setiap daripada kita harus memahami ataupun sekurang-kurangnya ambil peduli akan isu ini. Atas kesedaran ini, Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak mengambil inisiatif untuk mengadakan program Training of Palestine Specialist (TOPS).
TOPS diadakan pada 4 April yang lepas bertempat di Hotel Zuhra Sibu dan dihadiri oleh seramai 22 aktivis MyCare di seluruh Sarawak.
Rangkuman Aktiviti IKRAMTeens di Sarawak
IKRAMTeens merupakan sebuah kelab remaja Islam di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia yang komited membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, memiliki ciri ciri unggul dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang serta berterusan, mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.
Oleh itu, IKRAMTeens akan terus berusaha untuk menggerakkan program-program yang membina peribadi dan mencorak sahsiah terutamanya dalam kalangan remaja yang berusia antara 13-18 tahun
Jawatankuasa Wanita Ikram Negeri Melaka

Ketua Wanita: Rahimah Binti Abdul Latif Timbalan Ketua Wanita: Dr Maimunah Binti Fadzil Setiausaha: Suriyati Binti Yusoff Timbalan Setiausaha: Mazlina Binti Abu Bakar Bendahari: Norhayati Binti Md Rasip AJK: Rosnah Binti Maidin, Zuraidah Hasnon, Rusni Samad, Nik Aminah Ketua Wanita Ikram Jasin: Dr Norhaza Binti Maan Ketua Wanita Ikram Bandaraya Melaka: Liza Binti Rahmat Ketua […]