Rangkuman Aktiviti IKRAMTeens di Sarawak

Berikut merupakan rangkuman program IKRAMTeens yang dianjurkan di beberapa daerah di Sarawak pada 4 April yang lepas.

IKRAMTeens Kota Samarahan menganjurkan Kem Generasi al-Quran bertempat di Pejabat IKRAM Kota Samarahan. Ia bertujuan untuk menanam ke dalam diri peserta untuk menjadikan al-Quran sebagai teman sekaligus menjadikannya sebagai panduan untuk menjalani kehidupan seharian.

Remaja_harus_didekatkan_dengan_al-Quran_sejak_awal_lagi.jpg

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah ‘Get to Know Me’, Radio Rosak dan tayangan video.

Misi Mencari Bidadari Besi – Begitulah nama program IKRAMTeens Bintulu. Program ini mendapat sambutan hangat daripada remaja perempuan yang menetap di sekitar Bintulu. Program yang diadakan di Masjid asy-Sakirin Bintulu menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti memanah.

Di Kuching pula, bertempat di Kubah Family Park Kuching, IKRAMTeens Kuching mengadakan program Santai Remaja IKRAMTeens. Objektif program ini ialah menghayati kebesaran Allah SWT dengan melihat alam sekitar di sekeliling mereka. Seramai 30 orang peserta remaja menghadiri program ini.

IKRAMTeens berhasrat melahirkan remaja yang berkualiti daripada aspek amal ibadah, remaja yang lebih mantap kepemimpinannya, remaja yang berakhlak setiap masa, berupaya memberi manfaat yang banyak buat umat dan masyarakat, remaja yang berwawasan tinggi, kreatif, inovatif dan berinisiatif, sesuai dengan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110, “kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia