Psychological First Aid Program Sulung Psikospiritual IKRAM

MIRI – Pada 5 Mac yang lepas, JK Khidmat Masyarakat Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Miri dan Psikospiritual IKRAM mengadakan program sulungnya, Phsychology First Aid (PFA) bertempat di Bilik AV, Pustaka Miri, Sarawak.
PFA disampaikan oleh Dr. Tuti Iryani Mohd Daud selaku Pakar Psikiatri Pusat Perubatan UKM. Melalui program ini, para peserta diberi pendedahan latihan asas kepada aktivis untuk menyelenggara kecemasan bencana dan kemalangan. Selain itu, para aktivis juga diberi pendedahan tentang cara mengendali emosi dan psikologi mangsa ketika berlaku bencana.
PFA ini dihadiri oleh peserta daripada pelbagai latar belakang dari Pejabat Kesihatan daerah Miri,
IKRAM Batu & GEMA KL di Majlis Apresiasi Sukarelawan 2016

Ahad, 6 Mac 2016 – Satu Majlis Hari Aspreasi Sukarelawan 2016, Pusat Khidmat Gelandangan telah berlangsung pada pagi tadi. Majlis ini berlangsung bersempena sesi gotong-royong Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku pada 13 hingga 15 November 2015 yang lalu.
Khidmat Masyarakat Pasca Banjir MyCARE & IKRAM Siswa

Pada 28 Februari yang lepas, seramai 15 orang aktivis IKRAM Siswa Kota Samarahan bersama-sama penduduk Kampung Tebakang Melayu terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat membersihkan kawasan Masjid Darul Takwa dan kawasan sekitarnya.
Khidmat masyarakat kali ini bertujuan untuk meringankan bebanan penduduk kampung yang terjejas teruk akibat banjir pada kali ini.
Di samping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara aktivis IKRAM Siswa Kota Samarahan bersama masyarakat kampung tersebut.
Pada hari yang sama bertempat di Kampung Batu Kitang, lebih 20 orang sukarelawan daripada
Majlis Silaturrahim & Sumbangan Kebajikan PPR Wahyu

Sabtu, 27 Februari 2016 – IKRAM Daerah Batu bersama-sama dengan KRT, JMB Daerah Batu telah menjayakan Majlis Silaturrahim dan Sumbangan Kebajikan PPR Wahyu bertempat di Dataran JMB, Blok B PPR Wahyu.
Majlis yang berlangsung pada pukul 8.30 malam hingga 12.00 tengah malam tadi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi JMB, En Abd Rahim Mohd Said dan pengerusi KRT, En Azizul Rahman bin Hamdan.
Gotong Royong Jalan Pujut 7B Mendapat Sambutan Pelbagai Pihak

MIRI – Warga Sekolah Rendah al-Amin Miri bersama penduduk Pujut 7B menjalankan gotong-royong pembasmian nyamuk sepanjang Jalan Pujut 7B pada 20 Februari yang lepas. Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya denggi dan virus Zika terutamanya kepada penduduk sekitar. Fokus utama gotong-royong adalah untuk menghapuskan punca takungan air yang merupakan punca pembiakan nyamuk. Turut […]
Program Staying Safe

Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program ‘Staying Safe’.Pada 21 Feb 2016 ; 8.45 pagi – 12 tgh di Institut Perguruan Melaka, Melaka.Ceramah dan Pameran oleh Pegawai dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Polis Melaka. […]