Bengkel Fotografi Asah Bakat Muda

17 April – Bengkel Asas Fotografi telah diadakan di Surau Al-‘Izzah Taman Samudera, Batu Caves. Bengkel anjuran bersama KRT Taman Samudera A Fasa 1 (TSAF1) Surau Al-‘Izzah serta IKRAM Daerah Batu ini disertai oleh 19 orang dari kalangan belia dan remaja.
Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) Terengganu 2016

Pada 8 April 2016 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) Terengganu untuk sesi 2016-2018. Mesyuarat ini diadakan di Hotel UiTM Dungun Terengganu dan melibatkan semua perwakilan seluruh daerah negeri Terengganu. Mesyuarat kali ini juga melibatkan pembentangan laporan yang lepas, penyata kewangan dan berlakunya pemilihan JK Negeri Terengganu yang baharu. Tahniah diucapkan kepada […]
Mawar Berduri

Wanita. Aku sering tertanya-tanya, menjadi wanita ini sebenarnya suatu rahmah atau ujian? Ada satu hadis yang cukup untuk menakutkan ku setiap masa; “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” [Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim] […]
Aktiviti Kemasyarakatan Harus Membumi – Prof Sahrim

Prof Dr Sahrim Hj Ahmad mengingatkan ahli-ahli IKRAM agar melaksanakan usaha yang relevan dan menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat.
Beliau ketika menyampai ucapan perasmian Mesyuarat Agung IKRAM Daerah Batu pada 2 April 2016 berkata, pemimpin seperti Erdogan dan Jokowi juga menawarkan penyelesaian yang praktikal kepada masyarakat sebelum diangkat menjadi pemimpin negara.
Ekspo Kemanusiaan Buka Ruang Interaksi Positif Pelbagai Kaum

KULAI, 1 April 2016 – Isu kemanusiaan adalah isu sejagat. Ia ‘buta’ warna. Kemanusiaan tidak mengenal bangsa dan agama. Asal sahaja seaorang itu ditimpa musibah atau di dalam kesusahan, manusia lain wajib membantu tanpa bertanya dahulu mereka bangsa apa atau agama apa.Begitulah seharusnya kefahaman mengenai ISU KEMANUSIAAN yang cuba diketangahkan oleh MyCARE (Humanitarian Care Malaysia). […]
Pelancaran Briged Sukarelawan MyCARE Sekretriat Negeri Johor.

Rabu (30 MAC 2016), Skudai- Pelancaran Briged Sukarelawan MyCARE Sekretriat Negeri Johor telah dilancarkan bertempat di Dewan al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pelancaran ini bermula jam 8.45 malam dan berakhir pada 11.45 malam. Program ini dihadiri oleh para sukarelawan dari pelbagai latar. Antaranya wakil dari IKRAM Siswa UTM, IKRAM Siswa UTHM, Iman […]