KULAI, 1 April 2016 – Isu kemanusiaan adalah isu sejagat. Ia ‘buta’ warna. Kemanusiaan tidak mengenal bangsa dan agama. Asal sahaja seaorang itu ditimpa musibah atau di dalam kesusahan, manusia lain wajib membantu tanpa bertanya dahulu mereka bangsa apa atau agama apa.Begitulah seharusnya kefahaman mengenai ISU KEMANUSIAAN yang cuba diketangahkan oleh MyCARE (Humanitarian Care Malaysia). Bermula dari itu, maka MyCARE menganjurkan Ekspo Kemanusiaan yang bermula di Econsave Kulai pada 1-3 April 2014.
Ekspo Kemanusiaan MyCARE mengandungi pelbagai aktiviti yang meliputi pameran, tayangan video, edaran bahan-bahan kempen, jualan buku, cenderamata dan sebagainya. Aktiviti kanak-kanak turut dijalankan seperti games, jigsaw puzzle, wheel of fortune, peraduan mewarna dan sebagainya. Di antara tajuk-tajuk pameran dan tayangan video ialah;
– Isu Kemanusiaan di Palestin.
– Isu Kemanusiaan di Syria.
– Isu Kemanusiaan di Iraq.
– Isu Kemanusiaan di Mesir.
– Isu Kemanusiaan di Rohingya.
– Isu Kemanusiaan di Libya.
– Gempa Bumi Nepal.
– Gempa Bumi Kinabalu.
– Banjir Besar Pantai Timur dan Perak.
– Misi-misi bantuan di Palestin, Lubnan, Al-Quds, Syria, Sempadan Jordan, Turkey, Lubnan, Rohingya, Nepal, Kinabalu, Pantai Timur dan lain-lain.
Orang ramai dari pelbagai lapisan dan bangsa telah mengambil peluang mendapatkan maklumat dan memahami isu-isu Kemanusiaan Sejagat yang di sertai dan diurus oleh MyCARE dan Pertubuhan Ikram Malaysia.
Gambar-gambar di sekitar program boleh di rujuk di sini.