Pelancaran Hari Al-Quds Sedunia peringkat Selangor

SHAH ALAM – Majlis pelancaran Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Peringkat Negeri Selangor telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor pada Ahad 31 Julai 2011 yang lalu di Tapak Tazkirah, perkarangan Stadium Malawati di sini. Beliau memasukkan derma ke dalam tabung sebagai simbolik perasmian.
Riadah Boling Keluarga di Ambang Ramadan

KAJANG – Program Riadah Bowling Keluarga di Ambang Ramadan anjuran IKRAM Sepang dan JIM Sepang telah berlangsung di Metro Point Superbowl Kajang dengan jayanya. Seramai lebih 100 orang peserta daripada pelbagai generasi telah mendaftar dan juga telah beraksi dalam kejohanan riadah keluarga ini.
IKRAMTeens Pulau Pinang tawan Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Pada Sabtu 23 Julai lalu, IKRAMTeens Pulau Pinang telah mengadakan aktiviti rekreasi “Remaja Tawan Bukit” dengan penyertaan 28 remaja untuk mendaki bukit di Taman Rimba Bukit Mertajam.
Malam Persembahan Kebudayaan Palestin

AMPANG JAYA – Malam Persembahan Kebudayaan Palestin memeriahkan ‘Karnival Belia & Masyarakat’ di Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada Sabtu 16 Julai lalu. Pameran, jualan dan malam persembahan ini adalah anjuran bersama IKRAM Ampang Jaya, Aqsa Syarif Ampang Jaya, Belia IKRAM Ampang Jaya dan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa AU2.
IKRAM Setiawangsa anjur karnival kesihatan

Jemputan ke Program Hari Bapa “Bapaku Heroku” 10 Julai

SHAH ALAM – Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Negeri Selangor akan menganjurkan program Hari Bapa, “Bapaku Heroku” pada Ahad 10 Julai 2011, jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Foyer Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.