Malam Persembahan Kebudayaan Palestin

Acara dimulakan sejurus selepas solat Isyak berjamaah di Surau Madrasatul Islamiah dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis, DJ Idris Muhamad yang menyeru orang ramai untuk bersama-sama menonton persembahan tersebut.

Tayangan multimedia siri Konvoi ‘Aqsa2Gaza’ dimulakan dengan sorotan dan seruan perjuangan, kemudian disusuli pula tayangan video ‘Pelayaran Flotilla 1- Misi Mavi Marmara’ yang mengandungi ucapan semangat dan mesej perjuangan oleh Dr Hafidzi, Ust Hasanuddin dan juga Syarifah Mahiza dikongsikan kepada masyarakat umum pada malam itu.

Kelihatan orang ramai yang menyaksikan terpegun, kemungkinan pertama kali mereka menyaksikan tokoh-tokoh Aqsa Syarif menyampaikan amanat. Video ringkas yang baru diserahkan oleh NGO Wafrah dari Lubnan turut dikongsikan, kisah yang menceritakan keperitan kehidupan seorang balu dan anak-anak yatim, hidup dalam serba kekurangan di bumi Gaza.

 

 

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Karnival Belia dan Masyarakat, Sdr Ahmad Yusri Azme yang ringkas dan padat. Kemudian dua buah lagu Inggeris, Look Into My Eyes dan Freedom, dendangan Anas Tahir (adik Faizal Tahir) membuatkan penonton merasakan suasana persembahan ini bukanlah hanya untuk berhibur tetapi membawa mesej perjuangan yang jelas.

Seterusnya sebuah sajak telah disampaikan oleh Sdr Hassan Imran yang berasal dari Hebron, Baitul Maqdis. Beliau adalah seorang pelajar UIAM yang mewakili NGO PCOM (Palestinian Cultural Organisation Malaysia) yang agak baru ditubuhkan. Beliau menyampaikan sajak dalam Bahasa Arab yang diterjemahkan oleh Ust Kaab Azme yang bertajuk “Jangan Kamu Semua Kata…” dengan penyampaian yang bersemangat dan dedikasi.

 

 

Persembahan terakhir dari kumpulan ARRI Band yang dianggotai oleh lima orang anak muda menyampaikan dua buah lagu, diselang seli dengan sketsa spontan DJ Idris Mohamad yang melaungkan kata-kata simbolik perjuangan untuk memanggil jiwa yang lesu supaya bangun melakukan sesuatu bagi membantu mereka yang di zalimi di Palestin dan pembebasan Palestin adalah suatu kemestian.

Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan “Doa Buat Palestin Tercinta” disampaikan oleh Ustaz Kaab Azme dengan penuh syahdu dan khusyuk.

Turut hadir pada malam persembahan tesebut ialah Dr Tahir Abd Rahman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad, Sdr Muhamad Munawer Ismail, Pengurus Besar Aqsa Syarif dan Sdr Zun Arif Hakim, Pengerusi Aqsa Syarif Selangor.

Selain malam persembahan, karnival dua hari ini turut diwarnai dengan jualan amal dan pameran Aqsa Syarif, Hidayah Centre, gerai jualan, sukaneka, senamrobik, ‘Jumble Sale’, futsal, pertandingan memasak, qiyamullail, kuliah Subuh dan tarik tali dan pelbagai lagi acara menarik di perkarangan Rumah Pangsa AU2.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia