NGO-NGO Terengganu desak kerajaan kutuk, tidak iktiraf kerajaan kudeta Mesir

Sidang yang berlangsung pada Isnin 16 September 2013 di Hotel Grand Puteri Kuala Terengganu membincangkan isu kudeta di Mesir dan kesannya ke atas krisis kemanusiaan di Gaza.

Sebanyak 16 NGO yang hadir menghantar wakil dalam sidang ini antaranya IKRAM Terengganu, Aqsa Syarif Terengganu, ABIM Terengganu, HALUAN Terengganu, IKRAM Siswa Terengganu, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Terengganu, Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) Terengganu,  Kelab IKRAM Mesir, Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) Terengganu, Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Terengganu.

Selain itu, turut hadir ialah wakil Persatuan Seni Silat Gayong Serantau cawangan Terengganu, Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia cawangan Terengganu, IKRAM Health cawangan Terengganu, Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Negeri Terengganu (PEMIKIR), Persatuan India Muslim Terengganu, Wanita IKRAM Terengganu termasuk pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Afandi Salleh.

Sidang Meja Bulat NGO-NGO ini bersetuju dengan beberapa resolusi tentang isu kudeta di Mesir dan kesannya ke atas krisis kemanusiaan di Gaza. Berikut adalah draf penuh resolusi tersebut:

NGO-NGO Terengganu sedar bahawa;


1. Rampasan kuasa Tentera (Kudeta) di Mesir adalah zalim, bercanggah dengan Islam dan prinsip demokrasi antarabangsa.

2. Pembunuhan ke atas rakyat Mesir yang tidak bersenjata adalah suatu jenayah kemanusiaan yang mesti dikutuk dan diadili.

3. Rampasan Kuasa Tentera (Kudeta) di Mesir yang menggulingkan kerajaan pimpinan Dr. Muhammad Morsi yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses demokrasi telah menguntungkan Israel dan kuasa-kuasa besar Barat.

4. Umat Islam di Gaza semakin terhimpit dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang teruk akibat tindakan kerajaan Kudeta Mesir yang menutup sempadan Rafah dan memusnahkan terowong-terowong yang dulunya menjadi laluan kemasukan barangan keperluan harian penduduk Gaza. Malah keputusan Mesir menjadikan sebahagian daripada kawasan Rafah sebagai zon penampan (buffer zone) semakin menambah penderitaan penduduk Gaza.

5. Kudeta Mesir adalah perancangan sulit dan jahat gabungan Israel, Amerika dan sekutunya untuk menghancurkan umat Islam di Timur Tengah secara umum dan Gaza secara khusus.

NGO-NGO di Terengganu dengan penuh iltizam mendesak agar;

1. Kerajaaan negara-negara Islam termasuk Malaysia mengutuk rampasan kuasa tentera dan tidak mengiktiraf Kerajaan Kudeta Mesir yang wujud hari ini.

2. Kerajaan negara-negara Islam termasuk Malaysia memberi tekanan diplomatik ke atas Mesir agar mengembalikan semula kerajaan pimpinan Dr. Muhammad Morsi yang dipilih oleh rakyat secara demokratik.

3. Menghentikan penahanan dan pembunuhan serta membebaskan semua rakyat yang ditahan secara tidak sah di Mesir.

4. Membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah pembunuhan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

5. Kerajaan negara-negara Islam mendesak kerajaan Kudeta Mesir agar membuka kembali sempadan Rafah untuk misi kemanusiaan ke Gaza disamping membenarkan barangan dan sumber tenaga untuk keperluan penduduk Gaza kembali disalurkan.

6. Pertubuhan OIC dan Liga Arab mengambil tindakan menggantung keanggotaan Mesir dalam pertubuhan mereka.

NGO-NGO  di Terengganu menyeru agar;

1. Semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri Terengganu dan agensinya, pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat serta penduduk negeri Terengganu amnya mengambil cakna secara serius isu kezaliman Kudeta di Mesir sebagai faktor penyebab kesengsaraan rakyat di Mesir dan Gaza dan ia perlu ditangani secara bersama.

2. Semua pihak harus bekerjasama memainkan peranan untuk menggerakkan kempen kesedaran tentang krisis kemanusiaan di Gaza akibat Kudeta tersebut di seluruh Negeri Terengganu.

3. Semua pihak memberikan kerjasama menyokong atau menyertai gabungan NGO-NGO di Negeri Terengganu dalam menangani isu Mesir dan krisis kemanusiaan di Gaza serta isu-isu umat Islam di seluruh dunia.


Sementara itu, satu Jawatankuasa Penaja Gabungan NGO-NGO Terengganu telah ditubuhkan dalam persidangan meja bulat NGO NGO Terengganu semalam.

 

JAWATANKUASA PENAJA GABUNGAN NGO-NGO DI TERENGGANU

Pengerusi :  Ustaz Mohamad Lokman Dato’ Awang (IKRAM)

Timbalan Pengerusi :  Tn Hj Mohd Jamil Muda (HALUAN)

Setiausaha :  En Abdul Majid Hafiz Mohamed (ABIM)

Setiausaha Kerja :  En Masrul Arifin Mohd Nazir (Aqsa Syarif)

Bendahari :  Dr Ahmad Baihaqi Hassan (PAPISMA)

 

Ahli Jawatankuasa (Wakil setiap NGO):

1. IKRAM Siswa Terengganu

2. PUM cawangan Terengganu

3. GEMA cawangan Terengganu

4. WADAH Terengganu

5. Persatuan Seni Silat Gayong Serantau, Terengganu

6. Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia cawangan Terengganu

7. IKRAM Health Terengganu

8. PEMIKIR

9. Persatuan India Muslim Terengganu

10. Wanita IKRAM Terengganu

 

Foto Sidang: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.619530251420517.1073741826.190988457608034&type=3

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia