Negara Rahmah agenda utama PTI Perak 2014

Hampir 200 ahli IKRAM Perak serta para jemputan turut hadir ke PTI untuk menjalin silaturrahim, berukhuwah, mendengar Ucapan Dasar Presiden IKRAM dan mendengar ucapan YDP IKRAM Perak.

Selain itu, diadakan juga penerangan tentang Piagam Wanita Islam oleh Ketua Wanita IKRAM Perak, Pn Hjh Muzdalifah Mokhtadi yang turut menyentuh tentang peranan Wanita IKRAM Perak untuk memacu pembangunan insan untuk aulad (kanak-kanak), wanita muda, remaja dan dewasa.

Turut menyerikan PTI Perak ialah perkongsian Ahli Parlimen Belia Malaysia, Ahmad Fadzil Ahmad Shuhaili serta taklimat daripada Jawatankuasa Belia dan Remaja, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa dan Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Negeri.

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menyampaikan ucapannya yang mengupas tema PTI Perak kali ini. Presiden menjelaskan fasa-fasa kebangkitan Islam serta peristiwa terkini yang berlaku di dunia Islam, serantau dan khususnya di Malaysia sendiri.

Menurut beliau, hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara unik yang dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama. Beliau menegaskan bahawa peranan ummah adalah untuk merapatkan jurang penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan umat Islam perlu berusaha agar menjadi ummah contoh yang terbaik.

Dr Parid turut mengupas tentang gagasan ‘Malaysia Menuju Negara Rahmah’ (MMNR) melalui fasa pengukuhan dan transisi serta menjelaskan peranan IKRAM dalam memastikan hasrat syariat Islam menjadi pegangan hidup rakyat Malaysia.

YDP IKRAM Perak, Tn Hj Yahanis Yahya dalam ucapan pembukaannya mengucapkan penghargaan kepada semua yang hadir dan beliau menekankan bahawa agenda MMNR yang ingin IKRAM kongsikan bersama dengan semua warga Malaysia ialah:

“Malaysia, di dalamnya Islam mencorak perjalanan negara dan kehidupan rakyat, ulama di hadapan, kepimpinan baru sebagai contoh, parlimen dan istana yang pro-syariah, kehakiman yang adil dan bebas, media yang bebas dan bertanggungjawab, perkhidmatan awam yang professional, berkecuali dan berakhlak, pasukan keselamatan yang professional dan pro-syariah, ekonomi berlandaskan syariah dan pembangunan sains dan teknologi untuk manusia.”

Hj Yahanis juga menekankan bahawa IKRAM Perak akan terus menjalin hubungan akrab dengan kerajaan negeri Perak, parti-parti politik, tokoh-tokoh masyarakat serta agensi kerajaan bagi membina Perak menjadi negeri yang dirahmati Allah SWT.

Sumber: http://on.fb.me/1yuF0zt

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia