MUALAF PILIH PASANGAN HIDUP MENERUSI LAMAN FACEBOOK

Mualaf Memilih Pasangan Hidup menerusi Facebook

   

   

23hb Okt, Nilai – IKRAM Negeri Sembilan dan Hidayah Centre Negeri Sembilan meraikan perkahwinan pasangan di antara Muhammad Salman Bin Rahim dan Sofea, seorang mualaf (santunan Rakan Hidayah Nilai) di dewan Sekolah Rendah IslamAl-Amin, Nilai dekat sini pada 23hb Oktober yang lalu.

Sofea berasal dari Sarawak sebelum ini beragama Kristian bekerja di sebuah syarikat penghantaran barang  di Nilai. Dia mula tertarik dengan Islam sejak kecil lagi dan banyak mengkaji sendiri tentang Islam menerusi pembacaan.  Sofea berhasrat untuk memeluk Islam dengan memberitahu kepada seorang guru di Sek Ren Islam Al-Amin Nilai. Dia bertindak membuat keputusan memeluk Islam dengan kerelaan sendiri dan pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Seremban untuk melafazkan syahadah pada awal tahun ini.  Alhamdulillah, ibu bapanya tidak membantah dan ikatan kekeluargaan mereka sangat kuat hingga ke hari ini.

Yang menariknya, Sofea menceritakan bahawa dia cuma mengenal bakal suaminya menerusi laman facebook Rakan Hidayah Centre yang mana ada seorang lelaki sedang mencari pasangan mualaf untuk berkahwin. Bermula dari sana beberapa ahli Rakan Hidayah Centre membantu mengaturkan pertemuan untuk bertaaruf dan akhirnya mereka bersetuju untuk mendirikan mahligai perkahwinan. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Rahim @ Salleh Bin Ramly dan Ustazah Norsham bt Mustapa (ahli Ikram Kulim, Kedah) yang memilih menantu daripada kalangan mualaf untuk membantu dakwah kepada saudara baru.

Akad nikah telah diadakan di pejabat Agama Islam Seremban yang ditemani oleh keluarga terdekat dan Rakan Hidayah Nilai. Kedua mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna. Antara yang hadir ialah keluarga terdekat pengantin dan Rakan Hidayah Nilai. Tn Hj Amirasyid bin Densibali, Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Tn Hj. Mohd Ridzuan bin Ismail, Pengerusi Hidayah Centre Negeri Sembilan, Tn Hj. Mohd Affandi bin Ismail, Yang Dipertua IKRAM Nilai dan Puan Ashirah binti Kassim dari Rakan Hidayah Seremban turut hadir meraikan pasangan istimewa ini.

Islam agama kita adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang. Kasih sayang adalah fitrah semula jadi yang Allah Subhanahu Wata’ala jadikan dalam naluri setiap insan. Sifat kasih sayang amat penting dalam pembinaan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Keutuhan dan kekuatan hubungan sebuah keluarga bergantung kepada ikatan kasih sayang di antara ibubapa, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Oleh itu, binalah kasih sayang sesama keluarga supaya keharmonian akan terjamin sepanjang masa. Sabda Rasullullah SAW:

Maksudnya, “Daripada Jabir bin Abdullah katanya: Bersabda Rasullullah SAW, Barangsiapa tidak menyayangi manusia, Allah Azzawajala tidak akan menyayanginya”

Sesungguhnya sesebuah institusi keluarga mestilah dibentuk berlandaskan ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah dan dibina atas dasar takwa kepada Allah SWT bagi membina “Keluarga Utuh Kekuatan Negara”

 

Barakallahulakuma…

 

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#HidayahCentre

#IKRAMNS

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia