MPWN melabuh tirai, wanita muda diseru mengembangkan potensi

DSC_0033_copy.JPG

MPWN diteruskan dengan ucapan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Sarawak, Dr. Saadiah Mohd Ali.

“Kita sebagai wanita harus mengembangkan dan memperkasakan potensi serta membangun kepimpinan wanita untuk pembangunan ummah dan masyarakat.”, katanya kepada hadirin yang hadir.

Beliau turut menyeru agar wanita-wanita muda yang masih dikurniakan tenaga yang kuat untuk mengembangkan potensinya agar boleh mengambil alih, menerajui dan memacu pembangunan masyarakat dengan lebih agresif selepas ini.

Beliau turut menyampaikan pesan dan amanat daripada Ketua Wanita IKRAM Sarawak, Dr. Balkisnah bt Shaharuddin yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.

“Kita juga harus bermuhasabah, ruang mana dalam celah-celah masyarakat yang masih kita belum penuhi, apa lagi kekuatan yang belum kita kongsi. Kita harus memikirkan apa lagi, apa lagi dan apa lagi yang boleh kita lakukan dalam mencapai kerja-kerja organisasi yang mulia ini.

Kerja kita ini tidak pernah akan berakhir. Sirah dan sejarah telah membuktikannya. Lihatlah pada para anbiya’, nabi, sahabat dan mujadid. Hingga akhirnya yang kita nak capai adalah syahid atau menang.”

MPWN ini berakhir pada jam 11.30 pagi. Semoga pertemuan ini menghasilkan sinergi dalam gerak kerja dan dapat memacu Wanita IKRAM Sarawak untuk terus memimpin ummah pada masa yang akan datang

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia