Memupuk Sakinah, Menyubur Mawaddah Dan Rahmah

Kira-kira 190 orang menyertai seminar yang dirasmikan oleh Prof Madya Dr Roohaida Othman, Ketua Wanita IKRAM Selangor. Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Generasi XYZ: Ke Mana Kita? Di Mana Kita?”

Antara intipati ucaptama beliau, Gen X lebih banyak “NO”, Gen Y lebih banyak bertanya dan Gen Z lebih banyak tidur serta duduk dalam dunianya sendiri. Beliau memulakan bicara dengan mengambil pengajaran daripada surah Ar-Ruum ayat 21 dan Surah al-Fajr bahawa sakinah (ketenangan)  itu adalah fitrah yang diperlukan oleh semua tidak mengira generasi.

Enam langkah untuk mencapai sakinah iaitu:
1. Niat yang betul dalam perkahwinan untuk membolehkan perlaksanaan amal-amal lain dengan lebih sempurna dan bukan untuk mencapai matlamat percintaan yang dah lama disemai;
2. Ukhuwwah kerana Allah;
3. Tsiqah mutabadilah (saling percaya), bukan cemburu buta;
4. Saling bermaaf-maafan dan mohon redha kerana pasangan itu bukan malaikat tetapi manusia yang serba kekurangan;
5. Ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab;
6. Menyedari siapa anda di sisinya.
Tambah Ustazah, sakinah dalam rumah tangga bukan anugerah bersifat kekal, ia akan berkurang atau bertambah, dan perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Majlis diserikan dengan sesi Bual Bicara yang bertajuk “Yang Muda Disayangi, Yang Tua Disantuni” menampilkan pakar motivasi Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih) dan pakar psikologi klinikal, Puan Azlina Roszy Mohd Ghaffar yang dihoskan oleh Ustaz Halim Hafidz.

Puan Azlina berkongsi tentang remaja Malaysia dan Internet serta senario semasa. Selanjutnya pada pusingan kedua mengemukakan perkongsian tentang kehidupan moden kini yang lebih banyak tekanan sekalipun dengan alat-alat canggih dapat mempermudahkan tugasan. Beliau menyatakan tanggungjawab ibu bapa adalah membangunkan jiwa selari dengan kandungan surah al-Fajr.

Beliau menyimpulkan 10 bahasa negatif yang perlu dijauhi dalam mendidik anak-anak iaitu:

1. Bahasa melaknat
2. Bahasa menyindir
3. Membanding-bandingkan anak-anak dengan sesiapa jua
4. Bahasa mengungkit
5. Bahasa dusta
6. Bahasa tempelak
7. Bahasa yang menghina
8. Bahasa menuduh
9. Bahasa bisu
10. Bahasa membebel

Ibu bapa mestilah berakhlak seperti ahli syurga dalam mendidik anak-anak.

Pak Utih pula berkongsi tentang perbezaan antara lelaki dan wanita, cabaran hidup berkeluarga dan akhirnya hala tuju rumah tangga adalah syurga.

Semoga seminar seperti dapat memupuk sakinah, menyubur mawaddah dan rahmah dalam membangunkan keluarga insya-Allah.

*Olahan daripada berita blog IKRAM PJ:

http://ikrampj.blogspot.com/2014/02/seminar-wanita-dan-syariah-memupuk.html

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia