Mangsa banjir alami masalah berlipat ganda – Dinsuhaimi

“Banyak lagi tempat yang kekurangan perkara asas seperti air dan eletrik dan telah berlanjutan lebih daripada seminggu,” jelas beliau.

Beliau memohon kepada pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat amnya supaya menyedari masalah utama ini yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir khususnya di tempat-tempat seperti Dabong, Kemubu, Tanah Merah dan Kuala Krai.

“Walaupun mereka sudah kembali dari pusat-pusat pemindahan, tetapi mereka masih mengalami kesulitan ini,” tambahnya.

Beliau menjelaskannya dalam satu sidang media BBNGO semalam di pusat operasinya di sini hasil daripada maklum balas dan laporan dari misi-misi gabungan NGO tersebut di sekitar negeri Kelantan.

Menurut Dinsuhaimi yang juga merupakan Pengarah i-Bantu Kelantan, mangsa banjir juga terdedah kepada pelbagai penyakit bawaan air seperti leptospirosis, tifoid, dan kolera dan bawaan vektor seperti denggi dan malaria.

Katanya lagi, kebanyakan mereka yang terlibat ini daripada golongan yang miskin seperti penoreh getah dan pekebun kecil.

“Selain tidak mempunyai simpanan wang yang cukup, mereka juga kehilangan kerja, dan terdedah kepada pelbagai masalah sosial,’ tambahnya lagi.

Pihaknya juga mendapati pengagihan makanan dan sumbangan tidak dibuat sebaiknya kerana ada tempat-tempat menerima banyak sumbangan dan ada tempat-tempat yang belum mendapat bantuan sedikitpun.

“Ini adalah kerana pengurusan yang tidak efisien.

“Walau bagaimanapun kami merakam jutaan penghargaan kepada semua pihak dan individu yang datang menolong secara sukarela,” ujarnya.

Oleh itu, katanya, pihak BBNGO mencadangkan beberapa penyelesaian bagi masalah-masalah tersebut:

1. Penyelesaian secara segera perlu dibuat khususnya untuk masalah air memandangkan isu ini adalah amat besar dan tidak boleh diselesaikan oleh satu badan sahaja dan ia memerlukan sokongan padu daripada kerajaan negeri dan pusat dengan segera dan telus.

2. Penempatan segera hendaklah dibuat secara terancang tanpa berlengah sama ada dalam bentuk sementara atau kekal kepada golongan-golongan ini.

3. Menyeru supaya semua pihak tidak mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk memaksa mangsa-mangsa ini menerima pendirian politik tertentu atau pandangan-pandangan lain sebagai syarat menerima bantuan.

4. Memohon supaya bantuan segera perlu diberikan kepada golongan ini dalam bentuk tunai antara RM2,000 hingga RM5,000 khusususnya untuk golongan yang paling teruk terkesan daripada banjir ini.

5. Menyeru badan-badan korporat diseru supaya mengadakan program anak angkat di penempatan yang terjejas dengan musibah banjir ini.

 

Sumber: http://on.fb.me/1DdRaE7

FB BBNGO: https://www.facebook.com/opsbanjirkelate

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia