Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ terima Anugerah Pengurusan SAR Tahfiz Terbaik Selangor

Majlis anugerah tahunan anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini telah berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bertujuan untuk

menghargai dan mengiktiraf usaha dan inisiatif pihak sekolah sehingga membuahkan kecemerlangan sekolah dan murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anugerah tersebut disampaikan kepada Pengetua MTQ Hira’, Saudara Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir oleh Ustaz Wan Ramdzan Wan Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewakili Dato’ Haji Sufa’at Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), KPM.

Semoga anugerah ini melonjakkan lagi usaha MTQ Hira’ melahirkan para pelajar huffaz yang soleh dan musleh, insyaa-Allah.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia