Lawatan JK Wanita Pusat Ke Melaka

photo 2015 05 17 07 30 54

Satu perkongsian bertajuk “Peranan, Tanggunjawab dan Hak-hak Wanita dalam Islam” telah disampaikan oleh Ustazah Mahayati kepada hadirin yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT dan aktivis wanita Ikram Melaka. Selaras dengan pengiktirafan Islam akan kepentingan peranan wanita dan lelaki dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan Negara, “Piagam Wanita Islam” telah dihasilkan oleh Wanita Ikram.  Terdapat tiga penegasan dalam piagam ini. Pertama: mengiktiraf kepentingan peranan wanita dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang mana peranan lelaki dan wanita adalah saling melengkapi dalam usaha mewujudkan umat pertengahan. Kedua: mengiktiraf prinsip kesamarataan lelaki dan wanita menurut nilai-nilai Islam dengan mengambilkira fungsi biologi dan peranan setiap jantina dan kemampuan  mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada keluarga dan masyarakat.  Ketiga: Mengiktiraf dan menuntut lelaki dan wanita berperanan dalam memantapkan dan mengukuhkan institusi keluarga.

 

Satu dialog antara pelajar IPT dengan wakil Wanita Ikram pusat ini juga telah berlangsung.  Banyak permasalahan yang timbul di dalam aktiviti dakwah di kampus telah dapat diberi penjelasan dengan baik. Pelajar harus melibatkan diri dalam masyarakat bersama-sama dengan pimpinan Wanita Ikram negeri supaya mereka mendapat pengalaman yang berharga dalam melaksanakan dakwah. 

photo 2015 05 17 07 32 04   photo 2015 05 17 07 32 01

Ketua Wanita Ikram Melaka, Pn Rahimah Abdul Latif telah menyampaikan cenderamata kepada kedua-dua tetamu daripada JK Wanita Pusat. Majlis bersurai pada pukul 2 petang.

photo 2015 05 17 07 32 08

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia