Kunjung Hormat ke Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Selangor

SHAH ALAM – Dalam rangka usaha mendapatkan input daripada pelbagai pemegang taruh untuk dijadikan panduan tuntas bagi membentuk kesedaran masyarakat untuk terus melindungi golongan wanita dan kanak-kanak, Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman telah mengetuai kunjung hormat ke Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Jumaat, 9 Ogos lalu.

Kunjung hormat tersebut telah disambut baik oleh Pegawai Turus D11, DSP Norfidah Muhamad Dan bersama 7 lagi pegawai dari Bahagian D11, JSJ IPK Selangor.

Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Roselinee Mohammad Radzi yang turut hadir berkata, kunjungan itu bertujuan menjalinkan kerjasama strategik antara pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor khususnya dalam menangani masalah jenayah seksual dan juga keganasan yang berlaku dalam kalangan masyarakat melibatkan wanita dan kanak-kanak pada masa kini.

Dalam pertemuan selama hampir dua jam itu, DSP Norfidah memberi penerangan berkaitan fungsi dan peranan bahagian D11 serta statistik kes keganasan rumah tangga dan gangguan seksual melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak.

DSP Norfidah turut menegaskan kepentingan kerjasama erat antara pihak PDRM dan NGO dalam usaha membantu menangani masalah berkaitan kes keganasan rumah tangga serta langkah-langkah progresif yang boleh diambil dengan melihat kepada permasalahan sosial dan keganasan melibatkan golongan remaja hari ini yang berkemungkinan bakal menyumbang kepada masalah keganasan rumah tangga kelak.

Hadir sama dalam kunjung hormat tersebut termasuklah Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) dan Wanita IKRAM Malaysia.

 

Dalam perkembangan sama, Wanita IKRAM Selangor turut menganjurkan Seminar 1000 Hari Pertama Kehidupan (1000HPK) bertempat di Klinik As-Salam, Kajang dengan kerjasama pihak Salam Edumed Sdn Bhd dan Klinik As-Salam pada Sabtu, 10 Ogos lalu.

Seminar tersebut sebelum ini telah diadakan buat pertama kali pada 26 Mei lalu di Poliklinik An-Nur dengan tujuan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya peranan ibu bapa bagi tempoh masa paling kritikal dalam perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak dan telah dihadiri oleh hampir 40 orang peserta pada kali ini.

Dimulakan dengan ucaptama bertajuk 1000 Hari Pertama Kehidupan: Tahun Emas Buat Anak, Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dalam pembentangannya mendedahkan bahawa isu bantut dan malnutrisi dalam kanak-kanak pada hari ini bukan lagi hanya disebabkan oleh faktor sosio ekonomi dan kemiskinan.

“Berdasarkan data yang ada, antara tiga perkara yang menyumbang kepada permasalahan bantut dalam kalangan kanak-kanak hari ini termasuklah; ‘parental education’, ‘health sector interventions’ dan ‘maternal nutritions’ atau pemakanan ibu,” jelas Dr. Norhasmah yang turut bertugas di Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain itu, selepas ucaptama, seminar diteruskan lagi dengan sesi forum yang interaktif antara barisan ahli panel jemputan dan peserta yang hadir secara bersemuka di dewan dan juga yang di atas talian.

Panel jemputan termasuklah, Konsultan Pediatrik KPJ Tawakal Specialist Hospital, Dr. Halimah Abdul Halim, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Zilal Saari dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Dr. Zalinda Zalbahar@Zabaha.

Seminar berkenaan telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Daerah Hulu Langat, Dr. Norsafinaz Mohamed dan berakhir dengan jamuan makan tengah hari pada sekitar jam 1.30 petang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia