Konvensyen Wanita IKRAM Pulau Pinang lonjak amal dakwah wanita

Pengenalan kepada gender telah disampaikan oleh AJK Wanita IKRAM Pulau Pinang merangkap AJK 3Gs Pulau Pinang, Dr Lilis Surienty Abd Talib telah memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta tentang kesaksamaan gender.

Pengisian utama oleh Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM Pusat telah berjaya memukau perhatian peserta. Antara lain beliau menyentuh tentang matlamat penubuhan sayap wanita IKRAM dan keunggulan dakwah yang diterajui wanita IKRAM yang berteraskan iman, Islam dan sumber yang sahih.

Forum yang dijayakan pada sebelah petang pula menampilkan Ustazah Maznah Daud, Puan Normahani Muhammad dan Cik Sumayyah Radzi sebagai ahli panel, manakala Dr Norilmi Amalia Ismail sebagai moderator (gambar utama). Para ahli panel telah berkongsi pengalaman dan tips-tips berguna dalam menjayakan usaha-usaha dakwah terutamanya di kalangan wanita.

Program telah berjaya menarik 177 orang peserta wanita  yang terdiri daripada ahli IKRAM dan rakan-rakan IKRAM. Semoga program ini dapat melonjakkan amal-amal dakwah wanita di Pulau Pinang, insyaAllah.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia