Khidmat masyarakat, ‘street dakwah’ pengalaman terindah Rehlah Belia U-Camp

Hanya dengan memaklumkan tempat program di sekitar Perak dan tidak dimaklumkan acara program dengan terperinci, unsur suspen dan kejutan menyelubungi peserta sepanjang perjalanan ke tempat rehlah di Ulu Slim Adventure Centre, Pos Gesau, Kampung Ulu Slim di sini.

Sebelum sampai ke kem tersebut, peserta secara berkumpulan melalui ‘Explorace’ dan ditugaskan untuk melepasi dua ‘checkpoint’ dengan berkereta dan dibekalkan dengan wang petrol, tol dan makanan, bertolak dari Surau al-Mawaddah di Seksyen 7, Shah Alam pada pagi Sabtu 15 Februari.

Khidmat masyarakat di Kuala Selangor

Sebelum tiba di ‘checkpoint’ pertama di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor, setiap kumpulan ditugaskan untuk membeli beberapa barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung dan susu. Dengan menyangka barang tersebut dibeli untuk keperluan memasak di kem, ternyata sangkaan tersebut meleset.

Sebenarnya, peserta tersebut ditugaskan untuk menyerahkan kepada beberapa keluarga fakir miskin yang memerlukan di kampung tersebut, yang diiringi oleh Ketua Kampung dan AJK Kampung. Di sini, peserta belajar menyantuni dan membantu masyarakat yang memerlukan.

Selesai khidmat masyarakat di sana, empat kumpulan ini bertolak ke Rehat & Rawat (R&R) di Behrang untuk ‘checkpoint’ kedua. Di sana, peserta ditugaskan untuk melakukan ‘Street Dakwah’ dengan menemuramah minimum dua orang non-Muslim bertanyakan pandangan mereka tentang Islam.

Dengan pelbagai pandangan positif dan negatif tentang Islam, peserta belajar cara untuk memperbaiki komunikasi dengan non-Muslim dan sikap berlapang dada apabila menerima kritikan. Setiap kumpulan rata-ratanya menemuramah tiga hingga lima orang non-Muslim.

Derma dan jualan amal Palestin, ‘street dakwah’

Sepanjang perjalanan ke kem, setiap kumpulan ditugaskan pula untuk mengutip derma dan mengadakan jualan amal untuk Palestin berbekalkan tabung derma Aqsa Syarif. Peserta berpeluang menerangkan isu Palestin kepada masyarakat di samping beramal membantu Palestin melalui tabung dan jualan.

Tiba di Kg Ulum Slim sekitar jam 4.00 petang, peserta berpeluang menaiki kenderaan 4WD untuk menuju ke kem di Pos Gesau. Selesai minum petang, peserta menyertai Ukhuwwah Games dan kemudian melepaskan lelah dengan mandi di sungai di sebelah kem tersebut.

Ukhuwwah Games & Tazkirah Ukhuwwah

Selepas solat jama’ qasar dan tazkirah tentang ukhuwah oleh kem komandan, saudara Ahmad Fathi Ghazali, peserta berkongsi pengalaman Explorace pada malam tersebut antaranya tersesat dalam perjalanan, dikritik secara negatif oleh non-Muslim dalam ‘Street Dakwah’ dan ceteknya pengetahuan dalam isu Palestin oleh sesetengah masyarakat.

Selepas minum malam, peserta mengikuti “Night Walk” yang dipimpin oleh beberapa pemandu kem. Peserta melalui keheningan malam dengan desiran angin, meredah sungai diselangi dengan tazkirah oleh urusetia tentang kejadian alam ciptaan Allah SWT, hidup dan mati serta kepentingan berzikir dan mengingati kematian.

Keesokannya selepas solat Subuh, bacaan Ma’thurat dan senaman ruhul jadid, peserta dikehendaki menyuap makanan ke mulut rakan untuk suapan pertama dan rakan menyuap kembali dalam suapan kedua ketika sarapan pagi mereka untuk menambah rasa ukhuwah di kalangan mereka, sesuai dengan tema rehlah, “Ukhuwah for Real”.

Peserta juga belajar tentang kemahiran orang asli tentang cara menghidupkan api, menyumpit dan memerangkap binatang. Usai pelajaran tersebut, YDP IKRAM Shah Alam, Hj Norazmi Mat Noh mengendalikan slot ‘Intim’ untuk merapatkan ukhuwah di kalangan peserta supaya mereka terus istiqamah dalam jalan dakwah.

Kemahiran menghidupkan api dan menyumpit

Dalam penutup rehlah, kumpulan Abu Ubaidah al-Jarrah diisytiharkan sebagai pemenang dengan pungutan markah tertinggi dalam aspek kerjasama, kreativiti di samping mencatat derma dan jualan amal tertinggi sepanjang Explorace. Kumpulan Mus’ab bin Umair pula diumum kumpulan “Paling Osem” kerana menceriakan suasana sepanjang rehlah tersebut. Pemenang serta kumpulan lain turut menerima hamper sebagai penghargaan.

Slot ‘Intim’ dan penyampain hadiah

Semoga dengan rehlah sebegini, para belia dapat merasai kenangan berukhuwah sepanjang program, bergaul dengan masyarakat serta membantu mereka yang memerlukan, membantu Palestin di samping memperbaiki teknik serta menambahkan ilmu dan kemahiran dalam berdakwah kepada non-Muslim, insya-Allah.

Tahniah kepada JK Belia IKRAM Shah Alam dan pasukan penganjur yang diketuai Saudara Ahmad Fauwaz Muhammad yang menjayakan rehlah yang unik dan bermakna ini.

Sumber foto:

FB: 15 Feb || 16 Feb

Instagram:  #ucampbeliaikramshahalam

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia