Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kempen Kenali Nabi Muhammad SAW : Usaha Membina Keharmonian Antara Agama Menerusi Amalan Keluarga Malaysia

       

         

 

Kempen Kenali Nabi Muhammad SAW : Usaha Membina Keharmonian Antara Agama Menerusi Amalan Keluarga Malaysia

21 Nov 2021, Nilai – Bukan mudah untuk mengumpulkan masyarakat majmuk ketika era endemik ini tetapi atas semangat kemasyarakatan yang tinggi, seramai 52 orang tetamu hadir termasuk 10 orang non muslim dalam satu ‘Majlis HI-TEA’ di Restoran Marhaban Bikum, Dataran Nilai di sini semalam.

Program anjuran Hidayah Centre Foundation, Rakan Hidayah Nilai dan IKRAM Negeri Sembilan ini diadakan bagi merapatkan hubungan dan jurang perbezaan antara kaum Melayu, Cina dan India dengan membawa konsep Keluarga Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan membentuk Keluarga Malaysia. Kempen bertajuk Kenali Nabi Muhammad SAW ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan idea dan konsep “Pembangunan Madinah” yang berjaya menyatupatudukan umat Islam dan masyarakat pelbagai kaum pada ketika itu.

Selain saling berkenalan dan beramah mesra, IKRAM Negeri Sembilan yang diwakili oleh Yang Dipertua, Tn Hj Amirasyid bin Densibali dalam ucapannya mengajak hadirin agar berusaha memain peranan dan tanggungjawab bagi membentuk keluarga yang utuh agar dapat membina negara yang sejahtera. Meskipun kita berlainan bangsa dan agama namun nilai-nilai murni perlu terus disemai dan dipupuk dalam kalangan generasi muda agar keharmonian negara dapat dikekalkan.

Pada kesempatan ini, Cik Ain Sumayyah, Eksekutif Hidayah Centre Foundation berkongsi cerita tentang sejarah pembangunan Madinah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW pada 1400 tahun dahulu yang berkonsepkan masyarakat harmoni saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau yang merupakan seorang kaunselor berdaftar juga menyeru kepada hadirin agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat dengan saling bertanya khabar dan menghormati antara satu sama lain. Selain sesi soal jawab, hadirin juga diberikan kuiz bagi menguji kefahaman mereka tentang konsep pembangunan Madinah. Antara contoh soalan yang dikemukakan ialah ‘Siapakah Nabi Muhammad SAW?’, ‘Bagaimanakah Nabi Muhammad menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di Madinah?’, ‘Apakah kaum – kaum yang tinggal di Madinah?’, ‘Apakah nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Madinah?’, ‘Apakah ciri-ciri pemimpin yang adil?’ dan ‘Bagaimanakah membina Keluarga Malaysia yang anda inginkan seperti konsep pembangunan Madinah?’ Mereka yang berjaya menjawab soalan kuiz ini telah diberikan hamper buah yang menarik. Pada akhir majlis, semua tetamu menjamu selera dengan hidangan pelbagai jenis masakan kaum Melayu, Cina dan India bertemakan konsep Keluarga Malaysia.

Program kebersamaan seperti ini patut selalu diadakan di mana sahaja supaya nilai-nilai murni terus dibudayakan dalam Keluarga Malaysia di samping menerapkan nilai kesyukuran, integriti dan amalan musyawarah sebagai amalan keluarga.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Rakan Hidayah Nilai yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga usaha murni ini menjadi asbab kebaikan dan pemberat amal soleh menyebar kebaikan dan kasih sayang.

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia