Kemelut Politik Negeri Terengganu: Usah Jadikan Rakyat Mangsa Kepentingan Politik Peribadi

Pertubuhan IKRAM Malaysia Cawangan Terengganu (IKRAM Terengganu) memandang serius akan kemelut politik yang melanda Negeri Terengganu Darul Iman sejak beberapa hari yang lalu kerana ianya membabitkan kepentingan rakyat khususnya para pengundi yang telah membuat keputusan melalui PRU-13 setahun yang lalu.

IKRAM Terengganu mendesak agar para pemimpin parti politik di negeri ini sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah mereka serta mengenepikan sebarang kepentingan peribadi demi menjaga kepentingan rakyat dan agama.

Tindakan keluar parti oleh beberapa orang pemimpin di peringkat tertinggi negeri mencerminkan ketidakmatangan mereka dalam menghadapi situasi yang kritikal dan mencabar. Mereka seharusnya bertindak lebih matang dan bijaksana kerana segala tindak tanduk mereka sedang diperhatikan oleh rakyat jelata yang rata-ratanya berpelajaran dan sensitif dengan perkembangan semasa.

Sehubungan dengan itu, IKRAM Terengganu menyarankan agar semua pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah dalaman parti politik yang memerintah kerana ianya menggugat kestabilan negeri ini. Sebarang perbezaan pendapat dan pertelingkahan sesama sendiri perlu diselesaikan mengikut saluran yang betul dan tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa kerakusan para politikus berpandangan sempit dan kekampungan.

IKRAM Terengganu juga menyanjung tinggi akan tindakan pelbagai pihak termasuk parti pembangkang yang tidak “menangguk di air keruh” dan mengambil kesempatan daripada kemelut politik yang melanda parti pemerintah ini. Tindakan seperti ini dapat mengelakkan berlakunya pelbagai masalah sampingan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan suasana.

Akhir sekali, IKRAM Terengganu berharap agar YAB Menteri Besar yang baru diberikan sepenuh kepercayaan untuk mentadbir Negeri Terengganu Darul Iman ini berlandaskan prinsip keadilan dan kesamarataan tanpa mengira perbezaan kefahaman politik, agama mahupun keturunan. Namun, impian rakyat untuk melihat tertegaknya sebuah negeri yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah (baldatun toyyibah wa rabbun ghafuur) hanya akan dapat dicapai sekiranya Islam dijadikan landasan dalam segala bentuk tindakan, khususnya di kalangan pihak pemerintah.

Sekian, terima kasih.

HAJI ZAMERAN JUSOH

YANG DIPERTUA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia