25 September 2022, Ahad – Bersempena kemuncak kepada Sambutan Bulan Kebangsaan IKRAM Shah Alam telah menganjurkan Karnival Kita Anak Malaysia peringkat kawasan bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Seksyen 7, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Karnival ini berjaya mengumpulkan lebih 500 peserta dan pengunjung dalam kalangan penduduk komuniti Shah Alam Seksyen 7.
Karnival ini telah diadakan di Tasik Seksyen 7, Shah Alam dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Larian Perpaduan ‘Run4Nation’, Persembahan Kebudayaan, Gerai Makanan Pelbagai Bangsa, Zon Aktiviti Kanak-Kanak, Konvoi, Rezki Draw dan pelbagai lagi.IKRAM Shah Alam sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi, NGO dan persatuan sepanjang karnival diadakan.