Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Karnival Gaya Hidup Sihat di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah

   

Terachi, 24hb Sept – IKRAM Negeri Sembilan bersama dengan MPKK Zon Terachi, Kuala Pilah telah bersama-sama menganjurkan program Karnival Gaya Hidup Sihat di Perkampungan Budaya Terachi pada hari Sabtu lepas.

Perkampungan Budaya ini dapat mengumpulkan lebih 300 pengunjung yang bersama-sama menjayakan karnival ini. Antara acara gaya hidup sihat yang disediakan untuk para pengunjung ialah berjalan 10 ribu langkah untuk golongan dewasa, senamrobik berirama dan merentas desa untuk Kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun. Selain itu, orang ramai boleh membuat pemeriksaan kesihatan percuma di booth pemeriksaan kesihatan manakala kanak-kanak pula boleh menyertai pertandingan mewarna.

Uniknya karnival ini ialah acara ‘Mengoca Ikan’ iaitu menangkap ikan dengan menggunakan tangan sahaja tanpa menggunakan apa-apa peralatan. Keseronokan menangkap ikan di dalam lumpur lopak sawah ini mendapat liputan khas daripada program MHI TV3.Program ini dirasmikan oleh Penyelaras DUN Seri Menanti, Tn Shahran dan turut dihadiri oleh Hj. Samsuddin bin Abdullah, Timb Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Hj. Mahzan bin Md Amin, Yang Dipertua IKRAM Kuala Pilah, dan Jawatankuasa IKRAM yang lain.

Selain itu, program jualan harga ladang juga turut diadakan yang menawarkan jualan yang sangat berpatutan bagi meringankan beban penduduk setempat. Penutup program ini ialah a acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan juga cabutan bertuah. Sebelum acara tamat, anak-anak kecil juga mengambil kesempatan untuk mandi-manda di parit tali air.IKRAM Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelaras DUN Seri Menanti, MPKK Zon Terachi dan semua pihak yang terlibat menjayakan Karnival Gaya Hidup Sihat ini.

#TeguhBersama

#IKRAMNS

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia