Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jom Street Dakwah – Catatan Hafizah

jom street dakwah 1

Walaupun ini adalah kali kedua saya mendengar cerita daripada Brother Fakharudin, namun saya tidak merasa bosan. Malah, cerita pengalamannya dalam berdakwah telah menambah keyakinan dan motivasi saya untuk terus menyantuni bukan muslim.

Setengah jam pertama ketika melakukan ‘street dakwah’, saya dan rakan saya, Naimah, tidak berjaya mendapatkan responden yang bersetuju untuk menjawab soal selidik. Kami memilih kawasan kedai-kedai yang berada di luar Aeon Big. Hampir enam orang yang menolak mentah-mentah. Mungkin dek kerana cara yang kami gunakan terlalu kaku dan ‘straight forward’. Kemahiran mendekati responden dengan cara yang lebih santai dan bersahaja masih perlu kami garap.

Masuk setengah jam yang kedua, kami menukar strategi. Kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam Aeon Big. Kami cuba mendekati sambil mencuba segala ‘tester’ yang ada dan sebagai imbal balik, kami bertanya soalan-soalan mengenai islam. Kami berta’aruf dengan mereka mengenai tempat tinggal mereka, asal kelahiran dan sebagainya.

Alhamdulillah..dengan permulaan begini kami berjaya mendapatkan tiga orang responden. Walaupun pada mulanya kami sebenarnya menyasarkan lima orang, kami tetap berpuas hati. Moga-moga salah seorang responden kami yang berasal dari Sarawak, terbuka pintu hati dan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mengenali Islam. Ini kerana, beliau mengatakan bahawa terdapat persamaan di antara al-Quran dengan kitab Bible ‘Old Testament’.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia