IKRAMHealth membawa misi memperkasakan Islam dan menyumbang kepada penegakan syariah Islam melalui bidang kesihatan sejajar dengan aspirasi Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Program bermula pada jam 9.00 pagi itu melibatkan 3 orang doktor dan 5 orang sukarelawan IKRAMHealth yang terdiri daripada pelajar perubatan UIA Kampus Kuantan dan Kolej Shahputra. Seramai 50 orang pesakit mendapatkan perkhidmatan medical checkup untuk tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan ukuran berat dan tinggi ideal.
Semoga dengan kehadiran IKRAMHealth di program tersebut dapat memberikan peluang kepada masyarakat mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan keadaan kesihatan masing-masing. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada SBPi Pekan atas jemputan ini