IKRAM Tumpat agih sumbangan kepada fakir miskin

 

Zulkifli Affandi, selaku Yang Dipertua IKRAM Tumpat telah menyempurnakan pengagihan tersebut yang diadakan di Masjid SBJ Putera, Pasir Pekan. Program agihan bantuan tersebut adalah kerjasama antara IKRAM Daerah Tumpat dengan Islamic Relief Malaysia (IRM).

Dalam ucapannya, Zulkifli menyentuh tentang isu kefakiran yang boleh menjerumuskan manusia ke lembah kekufuran.

“Golongan fakir dan miskin di seluruh dunia sering menjadi sasaran ejen missionary. Lantaran itu, Islamic Relief Organization yang mempunyai cawangan di lebih 12 negara termasuk Malaysia memandang serius isu ini dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu golongan ini.”

Beliau juga berharap agar program seperti ini akan menghubung silaturahim dalam kalangan umat Islam dan memperkuat kesatuan mereka.

Seramai 50 orang fakir miskin yang dikenal pasti telah menerima sumbangan tersebut. Salah seorang penerima, Wan Sulaiman, 80, mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada IKRAM Tumpat atas sumbangan tersebut. Beliau yang tinggal bersendirian setelah kematian isteri setahun lalu, menderita penyakit darah tinggi dan sakit sendi lutut dan sudah tidak boleh bekerja.

Program yang bermula jam 6 petang itu turut diisi dengan tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ismail, pensyarah Kolej Jaiputra, Kota Bharu dan berakhir dengan Iftar Perdana anjuran IKRAM Daerah Tumpat.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia