IKRAM Berusaha Realisasikan Gagasan Negara Rahmah

DSC 2

KULAIJAYA, 25 APRIL – Malaysia mampu untuk digerakkan menjadi sebuah negara rahmah melalui dua fasa penting iaitu fasa transisi dan fasa pengukuhan. Demikian antara ciri utama gagasan “Malaysia Menuju Negara Rahmah” yang telah dibentangkan oleh Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Perhimpunan Ahli IKRAM Johor di Dewan Creator Hotel dekat sini.

Menurut beliau, fasa transisi akan diwujudkan dengan meletakkan Islam berperanan dalam mencorakkan perjalanan negara dan kehidupan masyarakat. Manakala dalam fasa pengukuhan pula, Malaysia diuruskan sejajar dengan kehendak siasah syar’iyah yang menuntut kehidupan rakyat dan pentadbiran negara bertepatan dengan tuntutan dan unjuran syariah sebagai maksud menegakkan Islam dalam negara dan kehidupan manusia. Fasa-fasa ini dirangka dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang baik dan dinaungi Allah, seperti yang digambarkan dalam surah Saba’ ayat ke-15.

DSC 1Gagasan Malaysia Menuju Negara Rahmah dicetuskan dengan melihat analisa senario dan konflik di peringkat dunia dan negara sebagai latar belakang kepada situasi kehidupan yang tidak berasaskan ajaran Islam serta pertembungan ideologi. Barat yang terkenal dengan kecemerlangan dan pencapaian dalam pelbagai sudut, kini berdepan krisis ekonomi, politik dan sosial yang tenat manakala dunia Islam pula turut diheret dengan berbagai krisis disebabkan salah laku dikalangan pemimpin.

Beliau berharap kemunculan IKRAM dapat membantu negara dan masyarakat mencari kaedah yang terbaik dan pendekatan yang tepat dalam merungkai pelbagai permasalahan yang dihadapi. Perhimpunan Ahli IKRAM Johor 2015 telah mengumpulkan seramai 500 ahli seluruh Johor bersama dengan ahli Dewan Perwakilan Nasional, pimpinan-pimpinan negeri dan daerah Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor. Ia juga telah dihadiri oleh ADUN Senai, Yang Berhormat Wong Shu Qi serta wakil-wakil daripada beberapa badan bukan kerajaan yang lain antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA).

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia