Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hari Khidmat Kesihatan 2015 Catat Peserta Teramai

hari kesihatan 4

 

Program bersejarah ini dirasmikan oleh Puan Merlina binti Termudi, Pegawai Perpaduan Daerah Sentul. Turut berucap dalam majlis perasmian ini Tn Hj Hassan Unir, YDP IKRAM Daerah Batu dan En Roslee Ali, Pengerusi KRT TSU.

Pelbagai acara menarik dalam program ini telah berjaya menarik ramai pengunjung di kalangan penduduk tempatan dan juga masyarakat sekitar. Antara program yang mendapat sambutan ramai ialah Pemeriksaan Kesihatan Percuma yang mencatat bilangan 160 orang. Begitu juga pertandingan mewarna yang disertai oleh 135 orang peserta. Selain dari itu, acara-acara lain yang diadakan ialah explorace untuk remaja, pameran kesihatan dan Palestin, teka batu intifadah, cabutan bertuah dan gerai jualan.

Sempena HKK2015 ini juga, satu forum kesihatan “Rumahtangga Sihat dan Bahagia” telah diadakan yang menampilkan dua orang pakar perubatan iaitu Prof Dr Oteh Maskon, Pakar Jantung PPUKM dan Dr Ariza Mohamed, Pakar Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Puteri.

Dalam ucapan penutupnya, Hj Hassan Unir, YDP IKRAM Daerah Batu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada program ini dan kerjasama antara IKRAM Daerah Batu dan KRT TSU dapat diteruskan dalam program-program lain selepas ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penaja yang membantu menjayakan program ini.

 

  Facebook IKRAM Batu

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia