Satu forum bersempena Karnival Mahabbah Cinta Rasul telah berjaya diadakan pada 15 Februari 2015 bertempat di Surau Kampung Sentosa Jaya, Negeri Sembilan. Program ini merupakan inisiatif antara Jawatankuasa Masyarakat Setempat IKRAM Negeri Sembilan dan Jawatankuasa Surau Kampung Sentosa. DIhadiri lebih kurang 100 orang penduduk kampung, forum ini menampilkan beberapa orang panelis antaranya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus yang juga merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Prof. Madya Dr Badlishah Sham Baharin selaku YDP Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat Madani Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Majlis ini dimeriahkan dengan penyampaian hadiah pertandingan futsal yang berlangsung pada sebelah pagi. Karnival sehari ini juga turut dimeriahkan dengan ceramah kesihatan oleh IKRAMHealth Negeri Sembilan, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pameran Palestin.