Kangar, 2 Julai 2023 – Pertubuhan IKRAM Kawasan Kangar dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Swadaya (PEWADA) Perlis telah menganjurkan ‘Forum Khas Selangkah ke IPT’ di Hotel Putra Regency, Kangar.
Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar yang menerima keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari enam buah sekolah di negeri Perlis. Program diisi dengan forum oleh penceramah yang berpengalaman, kemudian disambung dengan serahan cenderahati kepada peserta dn sesi Hi-Tea.
Forum dalam program hari ini telah menampilkan tiga orang ahli akademik yang berpengalaman, iaitu Prof Dr Rushami Zien dari Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM), Prof Ir Dr R. Badlishah dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), dan Prof Dr Khudzir sebagai profesor kehormat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Mereka bertindak sebagai ahli panel dan berkongsi ilmu, panduan, dan pengalaman kepada peserta yang akan memasuki alam IPT tidak lama lagi.
Syabas dan tahniah dirakamkan kepada semua peserta yang telah berusaha sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas. Selamat Maju Jaya diucapkan dalam perjalanan ke institut pengajian tinggi.

