Dr Sahrim kekal YDP IKRAM WP, Dr Niekmah Ketua Wanita

Majlis yang dirasmikan oleh Prof Dr Omar Yaakob, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM turut menyaksikan tiga muka baru dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi IKRAM WP iaitu Hj Zaharudin Othman (Timbalan YDP), Hj Zainal Adnan Abdul Halim (Setiausaha) dan Hj Mohd (Penolong Setiausaha).

Foto: Ucapan Dr Omar dan sekitar majlis

Dalam ucapan perasmian beliau, Dr Omar telah menyentuh noktah-noktah penting berhubung isu hudud yang hangat diperkatakan. Antara lain, beliau menekankan bahawa Islam tidak boleh dilihat dari satu aspek semata-mata. Islam sebagai agama yang syumul tidak terbatas kepada aqidah, ibadah, akhlak, pengurusan kekeluargaan sahaja sebaliknya ia juga menekankan aspek kemasyarakatan dan keadilan sosial.

Beliau turut mengemukakan saranan untuk menangani isu tersebut termasuklah memberi penjelasan kepada masyarakat agar memahami falsafah dan tujuan hudud, memastikan kebajikan rakyat didahulukan, memastikan segala usaha atau dorongan ke arah maksiat dikurangkan dan berusaha agar elemen-elemen yang menyokong keindahan Islam dilaksanakan.

 

Jawatankuasa IKRAM WP 2014 -2016

YDP: Prof Dr Sahrim Ahmad

Timbalan YDP: Hj Zaharudin Othman

Ketua Wanita: Dr Niekmah Adam

Setiausaha: Hj Zainal Adnan Abdul Halim

Bendahari: Hj Abdullah Hassan

Penolong Setiausaha: Hj Mohd Raswan Othman Mydin

 

Ahli Jawatankuasa:

1. Abdul Hafidz Hashim

2. Ahmad Zubair Wan Ab Rahman

3. Azmi Khair Ibrahim

4. Hazly Amir Abdul Hamid

5. Hussen Mohd Kari

6. Mohd Yusof Ahmad

7. Mohammad Abdul Hamid

 

Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN)

1. Prof Dr Sahrim Ahmad

2. Hj Zaharudin Othman

3. Dr Niekmah Adam

4. Dr Azizah Mohd Radzi

5. Hj Mohamad Saidy Ismail

 

Sementara itu, Majlis Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) Wanita IKRAM WP yang diadakan pada 27 April lalu di Pejabat IKRAM WP juga mengekalkan Dr Niekmah Adam sebagai Ketua Wanita dalam pemilihan kepimpinan Wanita IKRAM WP bagi sesi 2014 – 2016. Majlis dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM, Dr Hjh Roselainy Abdul Rahman.

Foto: Sekitar majlis, Dr Niekmah (kiri) dan Dr Roselainy (kanan)

 

Jawatankuasa Wanita IKRAM WP sesi 2014 – 2016

Ketua Wanita: Dr Niekmah Adam

Timbalan Ketua Wanita: Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh

Setiausaha: Julie Rosieta Mohamad

Bendahari: Siti Zaidatul Akma Mohammad

 

Ahli Jawatankuasa:

Dr Fauzah Abd Ghani

Dr Ariza Mohamed

Susilawati Hamzah

 

Sumber: Laman web IKRAM WP

1. http://goo.gl/9mvtYe

2. http://goo.gl/dTtr57

3. Foto MPN: http://goo.gl/TN3wDH

4. Foto MPWN: http://goo.gl/iCBVWm

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia