Daurah Belia IKRAM Selangor perkasa dakwah belia

Terdapat dua slot utama dalam daurah ini. Slot pertama diisi dengan pengisian yang bertajuk “Peranan Belia Islam Di Era Baru” oleh YDP IKRAM Selangor, Ustaz Shamsul Ma’arif Hj Ismail.

Ustaz Shamsul mengupas senario pemuda masa kini dan peri pentingnya peranan pemuda untuk menjadi paksi dan pengibar panji-panji kebangkitan Islam. Pemuda perlukan keimanan dengan hati yang menyala, keikhlasan dengan jiwa yang bertakwa, semangat dengan perasaan yang menggelora dan amal dengan kemahuan yang kuat bagi memastikan Islam tertegak di muka bumi Allah.

Tambahnya, Imam Al-Banna turut menyeru pemuda agar mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri sendiri dan tahu akan kedudukan mereka yang tinggi serta tahu bahawa mereka adalah pemimpin yang akan merubah dunia dan guru buat sekalian alam.

Beliau menyorot statistik belia di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 11.9 juta bersamaan 41.5% penduduk negara pada tahun 2010. Beliau melihat peranan dakwah belia sangat penting kerana mereka dilihat sebagai generasi penerus, pengganti dan reformis untuk masa depan Islam.

Ustaz Shamsul juga mengaitkan peranan pemuda dalam pengislahan di Yaman dan Libya serta era reformasi di Indonesia. Antara sifat pemuda yang dikehendaki dalam melakukan perubahan dan pengislahan ialah pemberani (jari’), pemikir (mufakkir),  disiplin (mundhabit), yang boleh bekerja (‘amil) dan produktif (muntij).

Menurut beliau, IKRAM turut mengambil berat tentang peranan belia dalam masyarakat. Antara matlamat IKRAM adalah berusaha menjadi pelopor yang mendominasi arus golongan belia dan melahirkan kepimpinan Belia IKRAM yang kompeten di tengah masyarakat. Di samping itu, IKRAM turut berusaha menubuhkan institusi yang berperanan memberikan latihan dan bimbingan kepada para belia. IKRAM turut bermatlamat memperkasakan takungan belia untuk perjuangan ummah.

Beliau turut berharap Belia IKRAM memainkan peranan aktif pada masa depan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan kader, komuniti masjid, khidmat masyarakat, pembangunan ekonomi, pembangunan siasah yang sihat dan keselamatan negara.

Slot kedua pula diisi dengan forum yang yang bertajuk “Work Life Balance”. Dua panel belia dijemput secara berpasangan untuk berkongsi tips dan perkongsian bagaimana mereka mengimbangi cabaran dalam kerjaya, rumahtangga dan aktiviti dakwah. Panel tersebut adalah pasangan Saudara Ammar Mohd Zain dan Anfaal Saari serta pasangan Saudara Ismail Awang dan Dr Diana Katiman sementara Saudara Auzan Hassan menjadi moderator forum.

Bagi pasangan Ammar dan Anfaal, bekerja sendiri menjadi kelebihan kepada mereka untuk menyusun masa untuk rumahtangga dan dakwah tetapi disiplin masa tetap dijaga. Walaupun begitu, mereka tetap menghantar anak-anak ke nurseri sebagai ‘support system’ supaya perjalanan kerjaya tidak terganggu bagi meningkatkan ekonomi keluarga di samping membantu masyarakat.

Dalam tips kerukunan rumahtangga, lima tahun pertama perkahwinan adalah proses mengenali pasangan dan mereka perlu terima kelemahan masing-masing di samping sentiasa mewujudkan komunikasi dalam keluarga supaya saling memahami dan prihatin antara satu sama lain.

Bagi pasangan Ismail dan Diana pula, tiada istilah keseimbangan dan keutamaan tertentu dalam menyusun kerjaya, rumahtangga dan dakwah. Ada masa kerjaya diutamakan, ada masa rumahtangga diutamakan dan ada masa juga dakwah diutamakan. Mereka memanfaatkan masa terluang dengan seoptimum yang mungkin di samping perlu ada sokong menyokong bagi membantu ketiga-tiga aspek tersebut berjalan dengan baik.

Bagi mereka, tugasan kerjaya, rumahtangga mahupun dakwah mempunyai tujuan yang sama iaitu menjadi khalifah dan untuk beribadah kepada Allah Taala. Mereka percaya bahawa saling berbincang, saling mempercayai dan saling membantu membawa kepada kerukunan rumahtangga.

Dalam ucapan penutup oleh Ketua Pemuda IKRAM Selangor, Saudara Shahrul Aman Shaari, beliau berharap program sebegini berterusan pada bulan-bulan yang akan datang dan menghargai usaha Belia IKRAM Gombak yang menjadi tuan rumah bagi daurah belia yang pertama ini.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia