Bangi – Seramai 112 orang peserta berusia antara 7 hingga 12 tahun telah turut serta dalam Kem Ulul Albab (KUA) 2023 anjuran Wanita IKRAM Kajang yang berlangsung selama 3 hari bermula 20 Februari hingga 23 Februari lalu di sini sempena cuti persekolahan.
Program yang bertema Bakti kepada Diri, Ibu bapa, Masyarakat, Alam Sekitar dan Jiran tersebut turut mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin, Alam Sari dan telah diadakan di surau berkenaan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah tahsinul ibadah, iqra’ dan hafazan serta slot kreatif bagi mempelajari cara pembuatan kotak melipat baju.
Turut berlangsung slot bersama Jabatan Bomba dan UPM, slot pembuatan sabun bersama Green Waste Selangor, slot belajar bahasa Mandarin dan slot asas taekwando.
Hadir sama, Ketua Wanita IKRAM Kajang, Hazdiana Bahari.
Dalam perkembangan berkaitan, Wanita IKRAM Kajang seterusnya turut menganjurkan Kem Remaja Stargazing pada 23 Februari hingga 24 Februari di tempat sama dengan kehadiran seramai 66 orang peserta.
Aktiviti yang dianjurkan sempena cuti persekolahan berkenaan berakhir pada Ahad dengan program Anak Muda Tangkas Osem (AMATO) di Surau Al-Hidayah, Kg. Sg. Tangkas dengan kerjasama pihak ahli jawatankuasa surau.