⁠⁠⁠Citra Wanita Juang & Sayembara Puisi Palestin

Program Citra Wanita Juang & Sayembara Puisi Palestin bermula dengan laungan semangat daripada Cik Noor Azila Mohd Pawzi dari Hidayah Centre Foundation, yang menyeru kepada wanita untuk turut menjadi pelopor dakwah kepada seluruh manusia termasuk kepada yang belum muslim. Dakwah bukan digalas bebannya oleh lelaki sahaja, tetapi wanita turut perlu menggalas beban dakwah yang sama di bahu kerana wanita juga merupakan pemangkin penting dalam mendidik masyarakat.

Citra Wanita Juang kemudian diteruskan dengan slot deklamasi puisi Palestin oleh peserta-peserta yang mewakili daerah masing-masing dalam Wilayah Persekutuan. Masing-masing mendeklamasi puisi Palestin dengan penuh perasaan dan limpahan emosi hingga menjadikan dewan hening tertegun, ada yang teresak dan bergenang, tersentuh dengan suara dan tingkah pendeklamasi yang bijak membawa audiens ke dalam lautan perasaan, menghayati bait-bait puisi yang dibacakan.

Kehadiran Dr Harlina Halizah Siraj memenuhi undangan Citra Wanita Juang dengan perkongsiannya dan seruannya agar wanita turut sama berdiri tegak dan bergerak menjadi pejuang, dan bukan sekadar terduduk lemah mengharap kepada sekujur tubuh lelaki dan lemah dibiar jika tertindas.

“Apakah sebenarnya yang wanita perjuangkan? Adakah sekadar perjuangan menghilangkan kulit kusam dan memutihkan kulit semata?”

Seluruh dewan tertawa mendengarnya, lucu mencuit hati memikirkan jika perjuangan wanita hanya sekadar perjuangan kecantikan dan kosmetik. Lalu beliau menyambung lagi;

“Adakah kita sebagai wanita, sekadar memperjuangkan perkara yang remeh-temeh?” demikian kata-kata itu meresapi segenap audiens hingga riuh tawa tadi hening serta-merta. Muhasabah.

Pokoknya, ialah nilai wanita itu, penilaiannya bukan pada semata-mata pada mata lelaki di luar sana tapi kita sebagai wanita sendiri yang berhak meletakkan nilai tertinggi diri pada kita sesuai dengan apa yang Islam iktiraf dan martabatkan untuk wanita.

Di samping itu, Citra Wanita Juang turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan puisi yang dialun merdu oleh Nurul Iman Dzulkefli, turut berduet bersama ibu beliau, memeriahkan dan merancakkan perjalanan program Citra Wanita Juang & Sayembara Puisi Palestin.

Program ini kemudian diakhiri dengan slot perkongsian dari wakil Rose2Rose, Dr Fauziah Mohd Hassan. Beliau berkongsi tentang status Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa di sisi Islam, realiti dan kesan peperangan yang menimpa umat dan saudara kita di Palestin, dan turut menggugah hati audiens apabila dibentangkan perjanjian dan undang-undang yang dilanggar Israel demi mendapatkan tanah Palestin, serta polisi Israel yang menyekat hak dan menindas penduduk Palestin.

“Kita tidak melupakan segala pencabulan khusus yang dilakukan pada keluarga-keluarga serta penyeksaan dan pembunuhan yang kini menjadi perkara biasa pada hari ini!”

Demikian antara curahan hati yang diluahkan oleh Saudari Deema, saudara wanita dari Palestin kepada Dr Fauziah, sarat dengan emosi hingga rasa siatnya turut dirasakan segenap dewan.

Lalu curahan hati itu diakhiri dengan perkongsian perjuangan saudari Deema;

“Para Murabitat (Penjaga Masjid Al-Aqsa dikalangan wanita) meyakini bahawa, usaha menjaga masjid al-Aqsa merupakan diantara peranan wanita Palestin dalam jihad menentang penjajahan, disamping mereka sanggup meninggalkan pekerjaan mereka, anak-anak mereka, suami-suami mereka demi mempertahankan al-Aqsa serta berdiri menjadi pendinding yang menghalang segala usaha pencerobohan sepertimana mereka amat mengetahui segala perancangan jahat penjajah Zionis dalam mengotori masjid al-Aqsa,”

Dr Fauziah lalu mengakhiri sesi itu dengan melontar persoalan besar pada seluruh audiens;

“Apa tindakan kita selepas ini, selepas mengetahui Palestin memerlukan bantuan kita?”

Bukan nanti, bukan tahun depan, bukan tunggu bila dah kaya, bukan tunggu bila dah kerja, tetapi sekarang. Kita perlu hulurkan bantuan selagi kita mampu.

Demikian program Citra Wanita Juang & Sayembara Puisi Palestin yang berlangsung pada 21 Ogos 2016, diakhiri dengan rasa semangat yang berkobar dan rasa ingin berkorban buat ummah yang memerlukan bantuan kita.

Kerana akhirnya, setiap dari kita ialah binaan-binaan yang berperanan menguatkan dan menegakkan Islam di dunia

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia