Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Berjimat Cermat Tidak Halang Diet Sihat

KUALA LUMPUR – Peningkatan kos harga makanan di negara kita mungkin menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah memilih alternatif lain yang lebih murah tetapi mengenyangkan. Cuma persoalannya, adakah makanan murah, juga rendah kandungan nutrisi dan kualitinya?

Bercakap dalam siaran langsung bersama Astro AWANI awal pagi Khamis minggu lalu, Ketua Wanita IKRAM Negeri Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman, yang juga merupakan Ketua Jabatan Pemakanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM mengupas mengenai dilema yang dihadapi pengguna terhadap harga makanan dan khasiatnya, yang mana lazimnya makanan murah dikaitkan dengan nutrisi dan kualiti yang rendah.

Biarpun secara asasnya beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut, katanya, masyarakat perlu tahu bahawa tidak semua makanan yang murah, rendah nutrisinya.

“Mungkin kita terlupa. Contohnya makanan tradisi masyarakat kita, tempe dan tauhu sangat tinggi kandungan protein dan nutriennya tetapi murah. Nasi dan mi yang tinggi karbohidrat juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan,” jelasnya.

Tambahnya, pengguna juga harus merancang dan menyusun perbelanjaan dengan baik terutamanya tatkala berdepan dengan tekanan kuasa beli untuk mendapatkan sumber protein ekoran kenaikan harga barang. Norhasmah turut mengesyorkan supaya setiap individu dalam masyarakat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang diet yang sihat supaya dapat memilih makanan yang baik untuk diri dan keluarga.

Tegasnya juga, semua pihak harus memainkan peranan untuk meningkatkan tahap literasi pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat dan tidak mudah berputus asa.

“Nutrisi pemakanan sihat ini tidak boleh dikompromi. Kita perlu mendidik masyarakat dengan pelbagai cara. Perlu ada usaha yang lebih agresif kerana implikasinya sangat besar khususnya kepada negara kalau rakyat tidak makan makanan yang sihat contohnya kos rawatan akan meningkat, hospital-hospital akan sesak dan sebagainya,” katanya.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia