Belia Shah Alam ‘Menuju Puncak Bukit Broga’

Para peserta bermalam terlebih dahulu di Pejabat IKRAM Shah Alam.  Setelah bersiap diri dan qiyamullail, para peserta bertolak seawal 4.00 pagi hari Ahad ke Bukit Broga secara berkonvoi dengan lima buah kereta.

Jam 5.00 pagi, konvoi berkereta tiba di kaki Bukit Broga. Peserta mula mendaki dalam suasana kelam dan gelap gelita. Ada juga beberapa pasukan pendaki yang mendaki lebih awal untuk ke puncak bukit. Apabila peserta hampir tiba di puncak, azan Subuh berkumandang. Peserta berhenti sebentar untuk solat Subuh berjemaah, membaca Ma’thurat dan mendengar tazkirah.

Kemudian, pendakian diteruskan hingga ke puncak. Tiba di puncak, para peserta menyaksikan kebesaran Allah Ta’ala dan keindahan pemandangan alam ciptaanNya. Selesai turun ke kaki bukit dan bersarapan pagi, peserta bertolak pula ke Sungai Congkak untuk mandi.

Semasa mandi,  sesi taaruf diadakan sambil berendam dalam kesejukan air sungai meskipun ada peserta mengigil dan terketar-ketar semasa memperkenalkan diri dek menahan kesejukan air sungai tersebut. Jam 11.00 pagi, para peserta bertolak pulang ke Shah Alam.

Program ini salah satu usaha BISA menyantuni sebahagian peserta belia sebelum diserapkan ke dalam usrah. Semoga program ini menjadi perintis dalam memperkasakan dakwah dan tarbiah di kalangan belia yang mempunyai pelbagai latar belakang, yang juga memerlukan pelbagai pendekatan unik untuk didekati dan disantuni.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia